Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sebab-sebab kenapa Huawei P9 merupakan telefon pintar yang lebih baik daripada telefon pintar semasa anda.

Huawei-P9-A01

Sebab-sebab kenapa Huawei P9 merupakan telefon pintar yang lebih baik daripada telefon pintar semasa anda.

Pada tahun 2013, satu syarikat yang berpangkalan di China telah melancarkan telefon pintar premium yang mencuri tumpuan dunia khususnya kerana telefon pintar ini hadir dengan reka bentuk yang sangat nipis iaitu hanya 6.2mm.

Telefon pintar siri P Huawei bukan hanya hadir dengan spesifikasi dalaman yang baik malah ianya turut mampu memenuhi permintaan perniagaan, fesyen dan teknologi.

Huawei-P9-A02

Pada tahun 2016, Siri Huawei P memasuki generasi keenam iaitu Huawei P9 dan ianya hadir dengan DNA tahg dimiliki oleh kesemua Siri model Huawei P iaitu reka bentuk yang menarik selain fungsi yang membezakanya dengan model lain.

Seperti biasa, setiap tahun sudah pasti adanya generasi baru telefon pintar utama yang dikeluarkan oleh kesemua syarikat pengeluar telefon pintar. Walaubagaimanapun, tahun ini dilihat akan menjadi tahun dimana telefon pintar utama Huawei mempunyai keunikan berbanding model lain.

Disini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa sebab kenapa memilih Huawei P9 sebagai telefon pintar terbaru anda adalah satu peningkatan berbanding telefon pintar semasa anda.

HuaweiP9Lenses

Kamera berkembar Leica yang memukau

Memiliki satu pasang kamera pada telefon pintar bukan la sesuatu yang baru bagi Huawei, namun kerjasama syarikat ini dengan Leica membuktikan bahawa Huawei berusaha gigih untuk menawarkan pengalaman pengunaan kamera yang terbaik pada telefon pintar.

Kamera berkembar pada Huawei P9 adalah dua unit kamera sensor BSI CMOS 12MP dimana unit kamera pertama memiliki sensor RGB manakala sensor kedua memiliki sensor monokrom yang membantu menambah ketelitian sesuatu gambar. Selain itu, unit kamera kedua ini juga boleh mengambil gambar berwarna hitam putih yang berkualiti tinggi.

Huawei-P9-A03

Salah satu ciri yang mencuri tumpuan pada kamera Huawei P9 adalah kebolehan memberikan ketelitian pada gambar atau lebih dikenali sebagai ‘depth of field’. Kamera P9 ini mampu memberikan ketelitian ini hasil kombinasi sinaran pemfokusan laser auto yang dimilikinya.

Dengan bantuan sensor 1.25μm piksel, gambar pencahayaan rendah yang mampu diambil oleh Huawei P9 juga amat mengagumkan. Dengan menggunakan kedua-dua kamera belakang, Huawei P9 mampu mengambil gambar yang sangat teliti dan seimbang darj segi warna dan tona yang diberikan.

Selain itu, Huawei P9 juga memiliki kebolehan untuk menyimpan gambar didalam fail RAW yang merupakan format yang ideal.

Kirin-955

Pemproses Kirin yang terbaik di pasaran.

Huawei adalah antara beberapa syarikat pengeluar telefon pintar yang menggunakan cip pemprosesan mereka yang tersendiri. Berdasarkan ujian prestasi, cip Kirin yang dimiliki oleh Huawei P9 ini dilihat mampu memberikan persaingan kepada pemproses Snapdragon dan Exynos.

Pemproses Kirin 955 yang dimiliki oleh Huawei P9 ini hadir dengan cip 16nm yang merupakan pemproses lapan teras ‘octa-core’ dengan empat teras Cortex-A72 dan empat teras Cortex-A53 manakala GPU yang disertakan adalah Mali T-880 MP4.

Dari segi kelajuan dan prestasi pemproses , Kirin 955 hadir dengan 100% kuasa pemprosesan, 125% prestasi GPU dan 70% lebih efisen berbanding Kirin 935.

Harus juga kami tekankan bahawa pemproses Kirin 955 ini disenaraikan sebagai pemproses ketiga terbaik didalam senarai pemproses dengan prestasi terbaik yang dikeluarkan oleh AnTuTu pada bulan April 2016.

13150058_10154057419964564_989831479_n

Reka bentuk ekskuistik

Sejak kewujudanya, Siri P daripada Huawei sememangnya terkenql dengan penawaran reka bentuk luaran yang premium dan mengikut gaya terkinj. Huawei P9 mengadaptasikan reka bentuk berasaskan besi dan gelas yang seimbang sehingga memberikan kemasan yang sangat sempurna dan premium.

Huawei-Antenna

Telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi antena “Virtual Triple Antenna “

Huawei P9 merupakan telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan teknologi antena ini dan ini memberikan anda kebebesan untuk meletakkan tangan anda pada posisi yang memberikan keselesaan pada anda tanpa perlu risau akan tahap kekuatan siara rangkaian telekomunikasi.

Pengunaan teknologi “Triple Antenna” ini membolehkan Huawei P9 beralih secara automatik kepada jalur 4G yang lain tanpa sebarang gangguan kepada kualiti panggilan dan internet. Selain itu, P9 juga hadir dengan sokongan dwi-SIM yang menyokong 4 jalur 2G, 9 jalur 3G dan 18 jalur 4G yang meliputi 1334 penyedia rangkaian di 217 negara seluruh dunia. Anda kini boleh merantau seluruh dunia tanpa sebarang masalah telekomunikasi.

Huawei-Type-C

Jangka hayat bateri yang baik dan dengan pengecasan pantas

Bateri berkapasiti 3000mAh pada sesuatu model telefon pintar bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, namun dengan cip pemprosesan 16nm yang digunakan pada P9 memastikan ianya memiliki jangka hayat bateri yang jauh lebih lama berbanding pencabar lain.

Bagi pengunaan purata harian, Huawei P9 mampu menawarkan 8 jam pelayaran internet 4G, 12 jam tontonan video HD, 20 jam panggilan 3G dan 56 jam pendengaran muzik tanpa henti.

Jika prestasi bateri tidak memuaskan hati anda, ciri penjimatan bateri yang disertakan pada Huawei P9 mampu memanjangkan jangka hayat bateri peranti ini. Buat pertama kali juga Huawei telah mengadaptasikan pengunaan slot USB Type-C yang mampu mengecas penuh peranti anda didalam masa dua jam sahaja ( hadir dengan pengecas 9V/2A).

13140556_10154057420044564_605025221_n

Huawei P9 adalah telefon pintar yang hadir dengan azam untuk merevolusikan pasaran dengan penawaran telefon pintar yang memenuhi kesemua kehendak pengguna dengan reka bentuk yang menarik dan ditambah dengan prestasi keseluruhan telefon pintar yang hebat.

Huawei P9 juga hadir dengan pemproses yang sangat efisen, sensor capjari pantas dan bateri yang lebih baik sekaligus membuktikan bahawa Huawei P9 adalah peranti yang lebih berbanding peranti yang anda gunakan sekarang.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.