Redmi Pro bakal dilancarkan pada 27 Julai dengan pemproses Helio X20 dan 4 GB RAM!
Redmi Pro bakal dilancarkan pada 27 Julai dengan pemproses Helio X20 dan 4 GB RAM!
Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Redmi Pro pada 27 Julai 2016 di Beijing. Selain daripada Redmi Pro, syarikat China itu juga dikatakan akan memperkenalkan peranti baru juga. Gambar Redmi Pro telah tertiris sebelum ini , dan kebanyakan orang menamakan ia sebagai Redmi Note 4.
Menurut keputusan GeekBench, Redmi Pro telah mencapai 1847 mata untuk teras tunggal dan 4761 bagi teras berbilang.
Redmi Pro akan menggunakan pemproses sepuluh-teras MT6797T Helio X20 dan dilengkapi dengan memori 4GB RAM.