Xiaomi bakal memperkenalkan telefon pintar Redmi baru dan Mi Notebook pada 27 Julai!
Xiaomi bakal memperkenalkan telefon pintar Redmi baru dan Mi Notebook pada 27 Julai!
Pelakon China, Liu Hao Ran telah mengesahkan di Weibo bahawa acara pelancaran Xiaomi akan diadakan pada 27 Julai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Beijing.
Pada acara pelancaran tersebut, Xiaomi dijangka akan mengumumkan peranti Redmi terbaru iaitu Redmi Note 4 dan kemungkinan juga Mi Note baru.
Selain daripada telefon pintar, HKET juga mengesahkan bahawa Xiaomi Mi Notebook turut akan diperkenalkan secara rasmi pada acara pelancaran di Beijing itu juga!