Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Rekaan Samsung Galaxy Note 7 tertiris!

Galaxy Note 7 leakRekaan Samsung Galaxy Note 7 tertiris

Pada minggu yang lepas sudah diketahui melalui Twitter evleaks bahawa Samsung Galaxy Note 6 akan digantikan oleh Galaxy Note 7 sebagai siri Galaxy Note yang terbaru.

Evleaks juga menyampaikan maklumat tentang Galaxy Note 7 akan mengekalkan rekaan tahun lalu dari segi bentuk.

note7-front

Perbezaan antara Galaxy Note 7 dengan Galaxy Note 5 yang dikhabarkan oleh Onleaks ialah skrin sisi dwi-lengkung dan pengimbas anak mata yang buat kali pertama terbina di dalam peranti Samsung.

Galaxy Note 7 ini dikhabarkan akan hadir dengan Snapdragon 821 atau Exynos 8893, skrin Super AMOLED yang bersaiz 5.7-inci dengan paparan QHD, 6GB RAM LPDDR4, pilihan ruangan storan 64/128/256GB yang menyokong kad mikroSD, kamera belakang 12-megapixel dwi-pixel dengan teknologi PDAF, kamera hadapan 5-megapixel, battery berkapasiti 4,000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas serta menggunakan sistem operasi Android 6.0.1 Marshmallow dengan antaramuka Grace yang baru. Peranti ini dikatakan akan dilengkapi dengan USB Type-C yang juga kali pertama bagi peranti Samsung.

Screenshot-92

Juga terlihat dalam tweet Evleaks adalah warna Galaxy Note 7 akan datang dengan Black Onyx, Silver Titanium dan Blue Coral.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.