Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi turut melancarkan Mi Band 2, iHealth Box dan Powerbank USB Type-C

mi band 2

Pada majlis pelancaran Xiaomi Max petang semalam, Xiaomi turut memperkenalkan beberapa produk baru syarikat ini iaitu Mi Band 2 , Mi iHealth Box dan powerbank 10,000mAh yang hadir dengan slot pengecasan USB Type-C.

Bercakap mengenai Mi Band 2, xiaomi tidak mendedahkan secara sepenuhnya maklumat spesifikasi jam pintar ini namun ianya dikatakan akan mempunyai satu panel skrin, sensor degupan jantung dan reka bentuk yang hampir sama seperti generasi pertama Mi Band. harga penjualan Mi Band 2 ini tidak didedahkan semalam.

mi ihealth box

Beralih kepada peranti yang dikenali sebagai iHealth Box, peranti ini adalah peranti kesihatan yang mampu mengukur maklumat biometrik seperti kadar degupan jantung dan tekanan darah . iHealth Box ini juga memiliki skirn paparan 4.3-inci dan anda juga boleh menghantar maklumat ini ke telefon pintar anda. iHealth Box ini mempunyai harga penjualan CNY 400 iaitu sekitar RM 248.

mi ihealth box

Peranti ketiga dan terakhir yang ingin kami perkatakan adalah powerbank 10,000mAh terbaru syarikat ini. Powerbank ini merupakan powerbank pertama Xiaomi untuk hadir dengan slot pengecasan USB Type-C selain slot USB biasa.

Powerbank 10,000mAh Xiaomi yang baru ini mempunyai harga penjualan CNY 150 iaitu sekitar RM 93 dan powerbank ini mungkin akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

ketiga-tiga produk ini dijangka akan mula ditawarkan di pasaran China tidak lama lagi namun penawaran produk ini di pasaran antarabangsa masih menjadi tanda tanya.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.