Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 7 bakal hadir dengan dimensi yang sama seperti iPhone 6s

Apple iPhone 7 bakal hadir dengan dimensi yang sama seperti iPhone 6s 1

iphone 7

Pelancaran Apple iPhone SE mungkin menimbulkan persoalan adakah Apple akan kembali menawarkan telefon pintar dengan skrin paparan yang lebih kecil iaitu memfokuskan kepada pengunaan satu tangan.

Walaubagaimanapun, laporan terbaru mengesahkan Apple iPhone 7 yang akan dilancarkan sekitar bulan September tahun ini akan memiliki reka bentuk dan ukuran dimensi yang hampir sama seperti Apple iPhone 6S.

Satu lakaran skematik Apple iPhone 7 mendedahkan bahawa model Apple iPhone yang baru ini akan mempunyai ukuran dimensi 138.30 x 67.12mm iaitu hampir sama seperti Apple iPhone 6s yang hadir dengan skrin paparan berukuran 4.7-inci.

apple iphone 7

Selain itu, kata-kata bahawa Apple akan membuang slot audio 3.5mm nampaknya tidak benar dan lakaran skematik ini turut menyertakan slot audio ini.

Antara ciri baru yang akan ditawarkan pada Apple iPhone 7 adalah sensor kamera yang rata dan tidak akan ada sebarang lekukan dan lebih menarik, tiada akan ada lagi jalur antena berwarna putih pada belakang ( akan dihadkan pada bahagian sisi, atas dan bawah sahaja ).

Apple iPhone 7 bersama-sama Apple iPhone 7 Plus dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2016.

Antara ciri lain yang dijangka akan ditawarkan pada kedua-dua model iPhone ini adalah pemproses Apple A10 , teknologi kalis air dan habuk , kapasiti RAM dan bateri yang lebih besar.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.