Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Majlis pelancaran Asus “Zenvolution” akan diadakan pada 30 Mei ini

asus-zenvolution-840x456

Telefon pintar utama Asus iaitu Asus Zenfone 3 nampaknya mungkin akan dilancarkan pada 30 Mei ini di majlis pelancaran ‘Zenvolution’ yang akan diadakan sempena sidang Computex.

Computex akan diadakan di Taiwan yang merupakan negara tuan rumah bagi Asus

Walaupun Asus tidak mengesahkan secara rasmi bahawa telefon pintar Zenfone 3 adalah peranti yang akan dilancarkan, ianya telah menjadi lumrah bagi Asus untuk melancarkan telefon pintar mereka di sidang ini.

Asus Zenfone 2 yang dilancarkan kira-kira 18 bulan amat memerlukan pengganti baru dan model ini boleh dikatakan telah berada terlalu lama di pasaran.

asus-zenfone-3-

Telefon pintar utama Asus ini dijangka akan hadir dengan reka bentuk glass 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang, sensor capjari , slot USB type-C , flash LED hadapan dan pemfokusan laser pada unit kamera belakang.

Selain itu, seperti Asus Zenfone 2 , butang kuasa Asus ZenFone 3 akan diletakkan pada bahagian belakang namun kini dengan sensor capjari.

Bercakap mengenai Asus ZenFone 3 Deluxe pula, ianya dijangka akan memiliki reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya dan satu butang ‘home’ pada bahagian hadapan.

Sesuatu yang menarik pada gambar jemputan ini adalah, logo Intel dilihat telah turut disertakan dan ini sedikit mengelirukan kerana beberapa hari lalu, syarikat pengeluar cip pemprosesan terkemuka ini telah mengumumkan mereka akan menghentikan pengeluaran cip bagi telefon pintar.

Walaubagaimanapun, logo Intel ini mungkin akan digunakan oleh model komputer riba yang akan turut dilancarkan bersama-sama Asus Zenfone 3 ini.

Majlis pelancaran Asus ‘Zenvolution’ ini akan berlangsung didalam masa 21 hari sahaja lagi dan kami akan membawakan anda segala maklumat terkini mengenainya di MobileFokus.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.