Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk Asus Zenfone 3 tersebar – mungkin dilancarkan di COMPUTEX

asus-zenfone-3-listing

Telefon pintar pengganti kepada Asus Zenfone 2 yang popular iaitu Asus ZenFone 3 dijangka akan diperkenalkan secara rasmi di sidang Computex 2016 dan ianya akan turut hadir didalam satu lagi versi yang dikenali sebagai Asus ZenFone 3 Deluxe.

Walaupun masih tiada sebarang berita rasmi mengenai status telefon pintar ini dikeluarkan oleh Asus, syarikat reka bentuk Red Dot 21 telah menyenaraikan produk Asus ZenFone 3 ini.

Penyenaraian ini memberikan kita sedikit petunjuk akan penampilan kosmetik Asus ZenFone 3 ini. Lakaran ini juga mendedahkan bahawa telefon pintar Asus ini akan hadir dengan reka bentuk glass 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang, sensor capjari , slot USB type-C , flash LED hadapan dan pemfokusan laser pada unit kamera belakang.

Selain itu, seperti Asus Zenfone 2 , butang kuasa Asus ZenFone 3 akan diletakkan pada bahagian belakang namun kini dengan sensor capjari.

Bercakap mengenai Asus ZenFone 3 Deluxe pula, ianya dijangka akan memiliki reka bentuk berasaskan keluli sepenuhnya dan satu butang ‘home’ pada bahagian hadapan.

Seperti ZenFone 2, Asus juga dijangka akan melancarkan Asus ZenFone 3 didalam beberapa versi dan ianya akan ditawarkan pada harga penjualan yang meliputi kelas bawah, kelas pertengahan dan kelas premium.

Asus ZenFone 3 dan ZenFone 3 Deluxe akan dilancarkan di sidang Computex akan diadakan di Taiwan dari 31 Mei sehingga 4 Jun.

sumber

zenfone-3-deluxe-render

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.