Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X5 Pro kini ditawarkan pada harga RM 1,399

vivo-x5-pro-01

Vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar Vivo X5 Pro yang dilancarkan tahun lalu kini akan menerima potongan harga iaitu hanya RM 1,399 berbanding harga asal RM 1,599.

Walaupun sudah lama berada di pasaran, Vivo X5 Pro boleh dikatakan masih mampu memberikan cabaran kepada telefon pintar didalam kelas pertengahan.

Vivo X5 Pro hadir dengan skrin paparan Super AMOLED 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 615 , 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Vivo X5 Pro juga hadir dengan kamera utama 13MP yang mempunyai aperture f/2.0 dan pemfokusan PDAF. Kamera selfie Vivo X5 Pro ini adalah 8MP dan ianya hadir dengan aperture f/2.4 dan perisian ‘beautification’ dan aplikasi kamera yang dimiliki Vivo ini juga mampu mengesan jantina anda.

Vivo X5 Pro juga hadir dengan cip audio offers Cirrus Logic DAC AK4375 yang mampu menawarkan kualiti HiFi audio berkualiti tinggi.

Vivo X5 Pro juga hadir dengan sokongan 4G LTE , dwi-SIM hibrid, bateri berkapasiti 2,450mAh dan memiliki FunTouch OS 2.1 yang berasaskan Android 5.0 Lollipop.

Vivo X5 Pro ini juga ditawarkan oleh Satu Gadget Dot Com didalam warna hitam dan putih.

Dengan pengurangan harga Vivo X5 Pro , ini mungkin tanda-tanda awal yang menunjukkan syarikat ini akan melancarkan model telefon pintar baru tidak lama lagi.

vivo-x5-pro-02

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.