Vivo secara rasminya melancarkan Xplay 5 dan Xplay 5 Elite
Vivo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama syarikat ini iaitu Xplay 5 dan satu lagi versi Xplay yang dikenali sebagai Xplay 5 Elite.
Bercakap mengenai Vivo Xplay 5 Elite, ianya hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan Gorilla Glass 4 dan memiliki skrin paparan melengkung Super AMOLED QHD berukuran 5.43-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 820 , 6GB RAM dan memori simpanan dalaman 128GB.
Selain itu, Vivo Xplay 5 Elite juga hadir dengan kamera utama 16MP Sony IMX298 yang mempunyai PDAF dan lampu dwi-tona, kamera selfie 8MP , slot dwi-SIM , 4G LTE , audio Hi-Fi 3.0 (2*ES9028+OPA1612) , sensor capjari dan bateri berkapasiti 3,6000mAh.
Vivo Xplay 5 Elite juga hadir dengan sistem operasi Android 5.1 Lollipop yang hadir dengan FunTouch OS ( turut hadir dengan fungsi multi-window).
Vivo Xplay 5 Elite akan mula dijual di China pada 8 Mac ini dan akan mempunyai harga penjualan CNY 4,288 (RM 2,712) .
Vivo Xplay 5 Pula adalah model yang lebih murah berbanding model Elite namun masih mengekalkan kebanyakkan spesifikasi yang dimiliki oleh Xplay 5 Elite. Antara persamaan kedua-dua model ini adalah dari segi skrin paparan, kapasiti memori simpanan dalaman dan unit kamera hadapan dan belakang.
Walaubagaimanapun, Vivo Xplay 5 ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 652, 4GB RAM dan cip Hi-Fi (CS4395+AD45257).
Seperti Xplay 5 Elite, Vivo Xplay 5 juga akan ditawarkan mulai 8 Mac ini dan ianya hadir dengan harga penjualan CNY 3,698 (RM 2,343) .
Buat masa ini, Vivo tidak mendedahkan sebarang pelan pelancaran model ini dipasaran antarabangsa , namun ianya dijangka akan memasuki pasaran sedia ada Vivo termasuk Malaysia.