Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Facebook memperkenalkan butang emosi “Reaction”

facebook reaction

Laman Sosial Facebook boleh dikatakan sudah pasti akan anda layari setiap hari dan dengan jumlah pengguna melebih 1 bilion banyak maklumat seperti berita terkini, topik hangat dan maklumat terbaru mengenai rakan-rakan anda boleh didapati di FB.

Sejak Facebook diperkenalkan, anda pasti sudah arif bahawa setiap posting didalam Facebook akan hadir dengan pilihan untuk ‘like’ atau ‘Comment’.

Walaubagaimanapun, Facebook telah menambah beberapa pilihan baru yang dikenali sebagai Reaction. Reaction adalah expresi emosi anda mengenai berita atau status tersebut. Reaction ini membawakan tambahan 5 expresi baru iaitu Love (suka), Haha , Wow, Sad(sedih) dan Angry (marah).

Untuk membuat komen menggunakan ekspresi baru ini anda hanya perlu menekan butang like ( bagi peranti Android dan iOS) untuk melihat senarai Reaction manakala bagi pengguna Facebook di komputer peribadi anda hanya perlu meletakkan anak panah ‘mouse’ anda di atas butang Like.

Expresi Reaction ini telah diuji dibeberapa pasaran sejak tahun lalu dan selepas menerima maklum balas yang positif dan melihat trend penguaan emoticon dan stickers di FB, syarikat ini telah memutuskan untuk menawarkan Reaction ini kepada pengguna seluruh dunia.

Buat masa ini, expresi Reaction ini kini ditawarkan pada peranti Android dan Desktop, buat masa ini kami masih belum menerima kemaskini pada peranti iOS (Apple iPhone 6 Plus).

facebook-new-smiley

IMG_20160226_105218

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.