Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Y6 Pro dilancarkan secara rasmi – bateri berkapasiti 4,000mAh

huawei y6 pro malaysia

Huawei secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Y6 Pro yang merupakan varian global bagi model Huawei Enjoy 5 yang telah dilancarkan di China beberapa bulan lalu.

Beralih kepada spesifikasi , Huawei Y6 Pro hadir dengan skrin paparan HD berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6735P berkelajuan 1.3GHz , 2GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman dan bateri gergasi berkapasiti 4,000mAh.

Bercakap mengenai kamera , Huawei Y6 Pro hadir dengan kamera utama 13MP manakala kamera selfie adalah 5MP.

Bercakap mengenai berat, walaupun hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh , Huawei Y6 Pro mempunyai berat keseluruahan hanya 160gram dengan ukuran dimensi 143.1 x 71.8 x 9.7mm.

Selain itu, Y6 Pro daripada Huawei ini juga hadir dengan sokongan dwi-SIM , 4G LTE dan disertakan dengan UI Emotion 3.1 Lite yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Huawei Y6 Pro juga hadir dengan Bluetooth 4.0, WI-FI 802.11 b/g/n, Wi-Fi hotspot,dan Wi-Fi direct. Ianya juga hadir dengan reka bentuk rangka berasaskan keluli.

Walaupun telah dilancarkan secara rasmi, Huawei masih belum mengumumkan sebarang maklumat mengenai tarikh dan harga penjualan model ini di pasaran antarabangsa.

Huawei Y6 Pro ini akan hadir didalam tiga warna iaitu warna kelabu, perak dan warna emas.

Buat masa ini masih belum juga ada sebarang maklumat akan bila model ini memasuki pasaran Malaysia.

sumber

huawei y6 pro malaysia-1 huawei y6 pro malaysia-2 hw_468111 hw_468107 hw_468101

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.