Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini Apple iOS 9.2.1 kini ditawarkan di Malaysia

Kemaskini Apple iOS 9.2.1 kini ditawarkan di Malaysia 1

unnamedApple secara rasminya telah mula menawarkan kemaskini Apple iOS 9.2.1 bagi kesemua peranti iOS iaitu iPhone , iPad dan iPod. Kemaskini Apple iOS 9.2.1 ini hadir selepas versi beta mula ditawarkan bulan lalu dan ianya adalah satu kemaskini kecil dengan saiz kemaksini hanya sekitar 38MB -50MB bergantung kepada model peranti iOS anda.

Seperti yang dicatatkan pada nama versi ini, iOS 9.1.2 adalah kemaskini kecil tanpa sebarang ciri baru yang boleh kami perkatakan namun ianya hadir dengan peningkatan prestasi, membuang ‘bug’ dan meningkatkan kepuasaan pengunaan.

Turut ditawarkan didalam kemaskini ini adalah satu mekanisma yang akan menghalang muat turun aplikasi apabila sedang menggunakan server MDM (Mobile Device Manager).

Selepas iOS 9.2.1 ini, Apple dijangka akan mula menawarkan kemaskini iOS 9.3 yang dijangka akan hadir dengan beberapa ciri baru yang pasti diterima baik oleh pemilik peranti iOS.

Antara fungsi yang akan ditawarkan pada iOS 9.3 adalah Night Shift , sokongan 3D Touch yang lebih menyeluruh , aplikasi Notes kini hadir dengan kata lalu dan TouchID, Siri didalam bahada melayu dan sokongan pengunaan beberapa Apple Watch pada satu peranti.

Anda boleh juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai iOS 9.3 dengan membaca 5 ciri baru yang akan ditawarkan pada Apple iOS 9.3

Apple iOS 9.3 dijangka akan ditawarkan didalam beberapa minggu sahaja lagi

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.