Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

4 Model Huawei P9 akan dilancarkan namun tiada skrin QHD

Huawei_P9_dual_camera

Tahun lalu, Huawei secara rasminya melancarkan tiga versi telefon pintar utama mereka iaitu P8, P8 Lite dan P8 Max. Menurut Venture Beat, Huawei akan melancarkan model pengganti kepada semua model yang dilancarkan tahun lalu dan ianya mungkin akan mempunyai nama Huawei P9, P9 Lite dan P9 Max. selain itu, Huawei akan menambah satu lagi model P9 yang akan menjadi model paling premium didalam siri P9 ini.

Venture Beat juga berkata bahawa Huawei P9 akan hadir dengan skrin paparan 1080p yang lebih besar dari P9 namun lebih kecil daripada P9 Max dan ukuran 5.2-inci dilihat sebagai satu kemungkinan. Selain itu, Huawei P9 juga akan hadir dengan kapasiti RAM dan memori simpanan yang lebih besar selain kamera berkembar 12MP dengan sensor yang lebih besar seperti pada Nexus 6P.

Bercakap mengenai teknologi kamera berkembar , ini adalah kali kedua Huawei menggunakan teknologi ini selepas menggunakanya pada Honor 6 Plus yang dilancarkan di Malaysia awal tahun lalu.

Sebelum ini satu diagram lakaran Huawei P9 telah tersebar dan ianya turut mendakwa Huawei akan memperkenalkan kamera berkembar, butang fizikal dengan fungsi sensor capjari dan nampaknya reka bentuk ini adalah model paling premium didalam siri Huawei P9 kerana Venture Beats berkata hanya model ini yang akan hadir dengan kamera berkembar.

Model premium Huawei P9 ini dijangka akan hadir dengan pemproses Kirin 950 selain sistem operasi Android Marshmallow pada semua model P9.

Huawei P9 nampaknya tidak akan dilancarkan di MWC yang akan menjadi pentas pelancaran banyak telefon pintar utama. Sebaliknya, Huawei akan mengadakan satu majlis pelancaran berasingan pada bulan Mac 2016.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.