Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CES 2016 : Wi-Fi Alliance memperkenalkan teknologi Wi-Fi HaLow

CES 2016 : Wi-Fi Alliance memperkenalkan teknologi Wi-Fi HaLow 1

WiFi-Alliance-logo

Wi-Fi Alliance telah mengumumkan bahawa satu teknologi Wi-Fi yang menawarkan pengunaan tenaga lebih efisen akan mula memasuki pasaran tidak lama lagi. Teknologi sambungan Wi-Fi yang baru ini mempunyai pengunaan tenaga yang hampir sama seperti sambungan Bluetooth dan mempunyai kawasan liputan yang lebih besar dan mampu menebusi dinding lebih baik berbanding teknologi Wi-Fi dipasaran sekarang.

Teknologi Wi-Fi yang baru ini akan menggunakan jalur 900MHz berbanding pengunaan jalur 2.4GHz dan 2.5GHz oleh Wi-Fi dipasaran sekarang.

Wi-Fi Alliance berkata bahawa peranti dengan teknologi Wi-Fi terbaru ini dijangka akan memasuki pasaran pada tahun 2018 dan tahun tersebut akan menjadi tahun dimana Wi-Fi Alliance akan mula menawarkan pensijilan bagi teknologi Wi-Fi ini yang dikenali sebagai HaLow.

HaLow direka untuk disertakan pada peranti yang menghantar jumlah data yang kecil seperti peranti kesihatan, peralatan elektronik pintar dan banyak lagi..

Jika HaLow mula disertakan kepada peranti seperti ini, kita mungkin melihat trend dimana lebih banyak pengeluar menggunakan satu cip Wi-Fi yang hadir dengan fungsi HaLow ini sekaligus tidak lagi menggunakan Bluetooth LE sebagai salah satu medium penghantaran data.

Ini bermaksud pengeluar mungkin tidak perlu lagi menggunakan dua cip berasingan seperti di pasaran sekarang iaitu satu untuk Wi-Fi dan satu untuk Bluetooth.

Pelancaran teknologi perhubungan yang baru ini mungkin sebagai mengambil kesempatan akan era peranti pintar yang semakin bertumbuh pesat dan pada masa hadapan lebih banyak peranti akan mula menjadi lebih ‘pintar’.

ingin kami jelaskan kepada anda bahawa teknologi wifi ini bukanlah teknologi wifi yang akan digunakan sebagai sambungan kepada internet dan ianya digunakan seperti bluetooth.

sumber

sumber

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.