Apa yang anda perlu tahu mengenai Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge
Samsung Galaxy S7 yang akan dilancarkan tidak lama lagi nampaknya akan menyaksikan Samsung menawarkan semula dua ciri yang tidak ditawarkan pada model S6 dan S6 Edge.
Samsung Galayx S7 dikatakan akan hadir dengan pensijilan kalis air dan habuk IP67 dan juga slot microSD yang mampu menyokong kad microSD sehingga 200GB.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kedua-dua model Galaxy S7 ini hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Galaxy S6 dengan perubahan yang minima sahaja.
Skrin paparan
Bercakap mengenai skrin paparan , Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge dijangka akan hadir dengan skrin paparan Super AMOLED QHD berukuran 5.1-inci manakala S7 Edge akan menggunakan skrin paparan yang lebih besar iaitu 5.5-inci.
Bateri
Seperti model Galaxy S6, Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan hadir dengan bateri yang tidak boleh ditanggalkan namun ianya akan hadir dengan kapasiti yang lebih besar. Galaxy S7 dilaporkan akan memiliki bateri berkapasiti 3600mAh manakala S7 Edge akan memiliki bateri berkapasiti 2600mAh.
Selain itu, teknologi pengecasan pantas dan pengecasan tanpa wayar juga akan disertakan pada model Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge.
Pemproses, RAM dan Memori simpanan dalaman
Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge dijangka akan ditawarkan didalam dua versi pemproses iaitu pemproses mereka sendiri iaitu Exynos 8890 dan pemproses Snapdragon 820.
Harus juga kami ingatkan bahawa kedua-dua pemproses ini akan ditawarkan mengikut pasaran.
Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge juga akan hadir 4GB RAM dan didalam dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB ( 128GB mungkin ditawarkan di pasaran terpilih).
Kamera
Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge dijangka akan hadir dengan kamera 12MP berbanding 16MP yang ditawarkan pada Galaxy S6. Walauabagaimanapun, Megapiksel bukanlah faktor penting yang menentukan kualiti gambar. Kamera 12MP Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan hadir dengan lensa f/1.7.
Kamera belakang Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge dijangka akan mempunyai kebolehan untuk mengambil gambar yang lebih baik pada keadaan cahaya yang rendah.
Beralih kepada kamera hadapan pula, Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge akan hadir dengan kamera hadapan 5MP (lensa lebar).
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Samsung akan melancarkan generasi baru telefon pintar Galaxy mereka sebelum bermulanya Mobile World Congress di Barcelona yang akan berlangsung pada bulan Februari.
Penjualan global dikatakan akan bermula dan warna-warna yang akan ditawarkan adalah hitam, emas dan putih. Terdapat kemungkinan juga emas ros ditawarkan.