Telefon Pintar Terbaik Pada Harga Kurang Dari RM 500
Kita telah memasuki tahun 2016 dan dengan tahun yang baru pasti ramai yang sudah mula memikirkan untuk membeli telefon pintar.
MobileFokus telah menyenaraikan beberapa model telefon pintar mampu milik yang menawarkan spesifikasi baik.
Walaupun mempunyai harga penjualan kurang dari RM 500, kesemua telefon pintar yang kami senaraikan ini masih mampu menawarkan kepuasaan pengunaan setanding dengan telefon pintar yang lebih mahal.
Berikut adalah senarai telefon pintar terbaik pada harga kurang dari RM 500.
Meizu M2
Meizu M2 yang sebelum ini ditawarkan di Malaysia melalui Lazada telah mempunyai harga penjualan RM 549 dan kini ditawarkan pada harga istimewa iaitu hanya RM 470 di Lazada Malaysia.
Walaupun disenaraikan didalam kategori bajet, ini tidak bermaksud peranti ini mempunyai kualiti reka bentuk yang murah. Meizu M2 hadir dengan rangka unibodi berasaskan plastik yang baik.
spesifikasi yang dimiliki oleh Meizu M2 ini, ianya hadir dengan skrin paparan HD 720p berukuran 5.0-inci (296ppi), pemproses MediaTek MT6735 berkelajuan 1.3GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,500mAh.
Beli Meizu M2 daripada Lazada diĀ SINI
Selain itu, Meizu M2 juga memiliki kamera utama 13MP, kamera selfie, 5MP, Android 5.1 Lollipo, sokongan dwi-SIM dan slot microSD.
Dengan pembelian Meizu M2 daripada Lazada ini,anda akan menerima perkakas belakang dan gelas perlindungan skrin secara percuma.
Asus Zenfone Go adalah telefon pintar yang hadir dengan memfokuskan kepada pasaran telefon pintar mampu milik.
Asus Zenfone Go hadir dengan skrin paparan HD 5.0-inci, pemproses quad-core MediaTek MT6580 berkelajuan 1.3GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,070 mAh.
Dari segi kamera pula, Asus Zenfone Go ini hadir dengan kamera utama 8MP manakala kamera selfie adalah 2MP.
Spesifikasi lain Asus Zenfone Go ialah dwi-SIM, WLAN 802.11 b/g/n, slot microSD (sehingga 64GB), Bluetooth V4.0, GPS, AGPS dan Android 5.1 Lollipop.
Asus Zenfone Go kini ditawarkan di Lazada Malaysia dengan harga penjualan RM 479.
Beli Asus Zenfone Go di SINI
Xiaomi Redmi Note 2 Enhanced
Xiaomi adalah jenama yang semakin popular hasil strategi penjualan yang sangat berpatutan dan Xiaomi Redmi 2 Enhanced adalah salah satu daripada calon yang mempunyai harga penjualan RM 498 di Lazada.
Versi Enhanced Redmi Note 2 ini hadir dengan skrin paparan HD berukuran 4.7-inci, pemproses Quad-Core Snapdragon 410, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dengan slot microSD dan sokongan dwi-SIM 4G LTE.
Beli Xiaomi Redmi Note 2 Enhanced di SINI
Huawei Honor 4C
Siri Honor daripada Huawei adalah siri yang sudah terkenal dengan penawaran telefon pintar premium pada harga penjualan yang lebih murah dan Honor 4C adalah satu contoh terbaik.
Honor 4C kini ditawarkan melalui Lazada pada harga penjualan RM 499.
Honor 4C hadir dengan kualiti reka bentuk dan spesifikasi yang baik, ianya memiliki skrin paparan HD berukuran 5.0-inci, pemproses octa-core, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan kamera utama 13MP selain kamera selfie 5MP.
Beli Honor 4C di SINI
Lenovo A6000 Plus
Lenovo A6000 Plus juga telah disenaraikan didalam senarai telefon pintar berpatutan iaitu hanya RM 468 di Lazada.
Lenovo A6000 Plus hadir dengan skrin paparan HD 5.0-inci, pemproses Quad-Core, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan.
Seperti kebanyakkan peranti didalam senarai di atas, ianya hadir dengan sokongan dwi-SIM dengan 4G LTE.
Beli Lenovo A6000 Plus di SINI
BenQ F5 adalah telefon pintar termurah didalam senarai ini dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 399 di Lazada.
Walaubagaimanapun, BenQ F5 tetap hadir dengan spesifikasi yang baik iaitu skrin paparan HD berukuran 5.0-inci, pemproses quad-core, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.
Dari segi kamera, BenQ F5 hadir dengan unit kamera belakang 13MP manakala kamera hadapan adalah 2MP. Selain itu, BenQ F5 juga hadir dengan sokongan dwi SIM pada rangkaian 4G LTE.
Beli BenQ F5 di SINI