Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Panel Hadapan Samsung Galaxy S7 Tersebar

The-rectangular-home-button-matches-up-with-previous-leaks...

Satu gambar yang didakwa adalah panel hadapan telefon pintar Samsung Galaxy S7 telah mendedahkan bahawa sedikit perubahan reka bentuk telah dilakukan pada model terbaru Samsung ini.

Gambar ini selari dengan laporan sebelum ini bahawa Samsung lebih memfokuskan kepada penambahbaikan dalaman berbanding luaran.

Berdasarkan gambar ini dapat kita lihat dengan jelas bahawa Samsung Galaxy S7 mempunyai butang ‘home’ yang lebih panjang dan dijangka akan menempatkan sensor capjari generasi baru selain sokongan Samsung Pay.

Samsung Galaxy S7 dijangka akan dilancarkan di sidang Samsung Unpacked 2016 yang akan berlangsung pada 21 Februari 2016 iaitu satu hari sebelum sidang MWC 2016 bermula di Barcelona, Sepanyol.

Samsung Galaxy S7 dijangka akan hadir dengan skrin paparan 5.2-inci dengan resolusi 1440 x 2560, 4GB RAM, dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB, dua pilihan pemproses iaitu Exynos 8890 dan Snapdragon 820 dan GPU Adreno 530.

Selain itu, Samsung Galaxy S7 juga dikatakan akan hadir didalam 4 versi iaitu Galaxy S7, Galaxy S7 Plus, Galaxy S7 Edge dan Galaxy S7 Edge Plus.

Dengan pelancaran semakin hampir, kami pasti lebih banyak maklumat mengenai telefon pintar utama Samsung bagi tahun 2016 ini akan diketahui.

Samsung Galaxy S7 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia beberapa minggu selepas ianya dilancarkan di MWC.

sumber

Is-this-the-front-panel-belonging-to-the-Samsung-Galaxy-S7

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.