Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung akan mengeluarkan 5 juta unit Galaxy S7 pada fasa pertama pengeluaran

Samsung akan mengeluarkan 5 juta unit Galaxy S7 pada fasa pertama pengeluaran 1

Samsung Galaxy S7 MicroSD

Menurut laporan terbaru daripada Korea Selatan, Samsung dikatakan akan mengeluarkan 5 juta unit telefon pintar utama Samsung Galaxy S7 didalam fasa pengeluaran pertama.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Samsung Galaxy S7 akan hadir didalam dua model utama iaitu satu model dengan skrin paparan biasa dengan saiz 5.2-inci manakala satu lagi model S7 akan memiliki skrin paparan ‘Edge’ dengan saiz skrin berukuran 5.5-inci.

Selain itu, berdasarkan laporan terbaru ini juga, daripada 5 juta unit Samsung Galaxy S7 yang akan dikeluarkan pada fasa pertama pengeluaran ini, 3.3 juta unit Galaxy S7 dan 1.7 juta unit Galaxy S7 Edge akan dikeluarkan.

Selain itu, @evleaks telah mendedahkan bahawa generasi ketujuh telefon pintar utama Samsung iaitu Galaxy S7 akan hadir didalam 4 versi dengan nama Galaxy S7, Galaxy S7 Plus, Galaxy S7 Edge dan Galaxy S7 Edge Plus.

Kesemua barisan Samsung Galaxy S7 ini akan dilancarkan pada MWC yang akan diadakan pada bulan Februari dan akan hadir dengan dua pilihan pemproses iaitu Snapdragon 820 dan Exynos 8890 yang merupakan pemproses pertama Samsung yang hadir dengan reka bentuk pemproses khas.

Samsung Galaxy S7 juga akan hadir dengan teknologi kamera baru yang dikenali sebagai BRITECELL yang turut dilengkapi pemfokusan Duo Pixel .

Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge dijangka akan mula dijual di pasaran utama dunia pada bulan Mac 2016.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.