Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Nexus 2016 dari Huawei akan menggunakan cip Snapdragon 820

nexus-2016-snapdragon-820
Walaupun telah dilancarkan secara rasmi, cip pemprosesan terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 820 hanya akan mula ditawarkan didalam peranti pintar tahun hadapan dan kami tidak sabar untuk menyaksikan pelancaran telefon pintar dengan cip pemprosesan Snapdragon 820.

Awal tahun hadapan kita mungkin menyaksikan Samsung Galaxy S7 yang akan dilancarkan pada bulan Februari menjadi telefon pintar pertama dengan pemproses baru ini.

Menurut penganalisa pasaran, Pan Jiutang yang berpangkalan di China berkata bahawa salah satu model telefon pintar utama yang menggunakan cip pemproses Snapdragon 820 ini adalah telefon pintar Google iaitu generasi terbaru siri Nexus yang akan dikeluarkan lagi oleh Huawei.

Seperti yang anda sedia maklum, Nexus 6P adalah telefon pintar Nexus pertama yang dikeluarkan oleh Huawei dan telah mendapat pujian secara menyeluruh.

Selain cip pemprosesan Snapdragon 820, tiada sebarang maklumat mengenai generasi kedua telefon pintar Nexus daripada Huawei ini didedahkan oleh Pan Jiutang. Walaubagaimanapun, generasi kedua telefon pintar Nexus daripada Huawei ini dijangka akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli sama seperti Nexus 6P.

Sebelum ini juga terdapat laporan bahawa Huawei juga telah mendapat penganugerahan daripada Google untuk mengeluarkan tablet Google iaitu Nexus 7 yang akan dilancarkan tahun hadapan. Tahun 2016 dilihat satu lagi tahun yang akan menyaksikan kedudukan Huawei sebagai antara pengeluar terbaik didunia diperkukuhkan.

Huawei Nexus 6P kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,698.

sumber
snapdragon-820-pemproses-malaysia snapdragon-820-pemproses-malaysia-3 snapdragon-820-pemproses-malaysia-2 snapdragon-820-pemproses-malaysia-1

Comments

comments