Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 4 Mula Menerima Kemaskini Android Marshmallow

Samsung Galaxy Note 4

Generasi keempat telefon pintar Galaxy Note daripada Samsung nampaknya telah mula menerima kemaskini sistem operasi Android yang terbaru iaitu Android 6.0 Marshmallow.

Menurut satu laporan daripada Napidroid yang berpangkalan di Hungary, telefon pintar Samsung Galaxy Note 4 yang dimiliki oleh salah satu editor telah mendapat kemaskini sistem operasj Android yang terkini iaitu 6.0 Marshmallow.

Laporan ini sedikit mengejutkan kerana Samsung masih belum lagi menawarkan kemaskini Android Marsmallow bagi telefon pintar siri Galaxy mereka yang lebih baru seperti Galaxy S6 dan juga Galaxy Note 5.

Selain itu, sebelum ini kami pernah melaporkan pelan kemaskini Android Marshmallow Samsung dan Galaxy Note 4 dikatakan hanya akan menerima kemaskini Android pada bulan Februari 2016 iaitu selepas Samsung Galaxy Note 5, Galaxy S6 Edge+, Galaxy S6 dan S6 Edge.

Bercakap mengenai kemaskini yang diterima Samsung Galaxy Note 4 ini. Dengan Android Marshmallow ini, pemilik Galaxy Note 4 juga ditawarkan beberapa ciri baru yang diperkenalkan pada Galaxy Note 5 iaitu fungsi seperti ‘Screen Off memo’yang mana anda boleh terus mengambil nota sejurus selepas mengeluarkan S-Pen dari slotnya.

Selain itu, satu lagi ciri baru yang ditawarkan bersama kemaskini ini adalah Menu Air Command yang baru dan diperkenalkan pada Galaxy Note 5 dan Galaxy S6 Edge+.

Perubahan lain yang dapat kita jangka adalah ikon aplikasi yang baru, UI yang lebih pantas dan animasi yang lancar

Walaupun telah ditawarkan, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada Samsung mengenai kemaksini Android Marshmallow ini kepada pengguna Galaxy Note 4 seluruh dunia.

adakah anda telah menerima kemaskini Android Marshmallow?, sila semak di peranti anda dan berikan kami maklum balas di ruang komen

sumber

Android Marshmallow Note 4

image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.