Samsung Galaxy A9 akan dilancarkan secara rasmi 1 Disember ini
Samsung Galaxy A9 yang sebelum ini telah dikesan di laman ujian GeekBench dan laman sesawang import/export India namun sehingga kini tiada sebarang maklumat rasmi mengenai kewujudan model terbaru didalam siri A ini.
Walaubagaimanapun, satu maklumat rasmi mengenai kewujudan model ini telah muncul dari satu sumber yang tidak selalu kita dengar.
Samsung Iran telah menyenaraikan model ini sebagai model baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Selain itu, spesifikasi yang disenaraikan bagi Samsung Galaxy A9 yang memiliki nombor model SM-A900F adalah sama seperti laporan sebelum ini iaitu pemproses Snapdragon 620, GPU Adreno 510, 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman ( dengan slot microSD sehingga tambahan 128GB) namun tiada maklumat mengenai kapasiti bateri yang akan dimiliki oleh model ini.
Beralih kepada skrin paparan Galaxy A9 ini, ianya hadir dengan skrin paparan super AMOLED berukuran 5.5-inci dengan kepadatan piksel 401ppi.
Dari segi kebolehan kamera pula, Galaxy A9 ini hadir dengan kamera utama 16MP yang memiliki pemfokusan auto dan HDR manakala kamera hadapan adalah 5MP.
Selain itu, ciri perhubungan yang dimiliki oleh Galaxy A9 adalah seperti biasa iaitu GPS, NFC, Bluetooth 4.0 LE dan berasaskan Android 5.1.1 Lollipop.
Samsung Galaxy A9 telah di senaraikan dengan tarikh pelancaran pada 1 Disember ini dan berdasarkan sumber yang diperoleh ini, ianya mungkin menjadi sesuatu yang tepat.
Samsung Galaxy A9 dengan reka bentuk berasaskan keluli akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu perak, emas dan hitam.