Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Pintar Pebble kini ditawarkan dengan diskaun sehingga 35%

pebble-special-sale-malaysia

Jam pintar pertama didunia iaitu Pebble kini menawarkan jam pintar Pebble Classic,Pebble Time dan Pebble Time Steel dengan harga penjualan yang lebih murah iaitu 35% daripada harga penjualan asal.

Penjualan ini kini sudah bermula dan ditawarkan khas sempena ‘black Friday’ dengan harga penjualan khas ini adalah seperti berikut Pebble Classic mempunyai harga penjualan $69.99 (RM 300), Pebble Time mempunyai harga penjualan $129.99 (RM 557) manakala Pebble Time Steel mempunyai harga $199.99 (RM 857).

Pebble Classic ditawarkan didalam tiga warna iaitu putih, hitam merah dan hitam manakala Pebble Time juga ditawarkan didalam tiga warna iaitu putih, hitam merah dan hitam.

Pebble Time Steel pula hadir didalam enam warna yang menarik dan didalam dua jenis tali iaitu tali kulit dan tali besi. Jika anda memilih untuk memiliki tali besi anda perlu membayar $239.98 ( RM 1,030).

Apa yang menarik adalah, kesemua pembelian Pebble ini hadir dengan penghantaran percuma ke seluruh dunia dan penghantaran percuma ini turut ditawarkan bagi pasaran Malaysia.

Dalam pada itu, generasi jam pintar yang terbaru daripada Pebble iaitu Pebble Time Round dan versi besi generasi pertama Pebble iaitu Pebble tidak ditawarkan dengan harga penjualan istimewa ini.

Pebble Time Round mempunyai harga penjualan $249.99 (RM1,073) manakala Pebble Steel pula mempunyai harga penjualan $149.99 (RM 643).

Untuk membuat tempahan anda boleh layari laman sesawang rasmi Pebble

 

pebble-time-pebble-time-steel-malaysia-special-price pebble-classic-peblle-steel-malaysia-special-price

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.