Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nvidia melancarkan tablet Shield K1 – harga sekitar RM 873

buy-shield-tablet-k1

Nvidia secara rasminya telah melancarkan tablet Shield K1, tablet yang memfokuskan kepada permainan video ini mempunyai banyak persamaan dengan tablet Shield namun dengan reka bentuk yang nipis dan lebih penting dengan harga penjualan yang lebih murah.

Nvidia Shield Tablet K1 akan mempunyai harga penjualan $199 (RM 873) dan ianya merupakan versi 16GB Wi-Fi sahaja ( hanya satu versi diumumkan setakat ini). Sebagai perbandingan, Shield Tablet K1 ini $100 lebih murah berbanding versi 16GB bagi Tablet Shield.

Tablet Nvidia Shield yang dilancarkan sebelum ini telah diangkat sebagai antara tablet terbaik untuk permainan video dan dengan reka bentuk yang memfokuskan kepada pengalaman permainan video yang terbaik.

shield-tablet-k1-built-for-gamers

Tablet Nvidia Shield K1 hadir dengan skrin paparan berukuran 8.0-inci dengan resolusi 1920 x 1200 dan kepadatan piksel 283ppi, pemproses Nvidia Tegra K1 dengan cip quad-core Cortex-A15 CPU, CPU GeForce Kepler 192-teras dan 2GB RAM.

Selain itu, Nvidia Shield K1 juga hadir dengan kamera utama 5MP, kamera selfie 5MP, bateri berkapsiti 19.75 kW⋅h, slot microSD dan Android Lollipop.

nvidia-shield-tablet-k1-accesories

Nvidia Shield K1 dijangka akan meneruskan kejayaan yang dinikmati oleh tablet Nvidia Shield dan terdapt juga beberapa aksesori tambahan yang dijual dengan tablet ini iaitu alat kawalan jauh Shield, perkakas perlidungan Shield, pengecas Shield World dan Pen stylus Shield.

Nvidia Shield K1 kini ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat dengan harga penjualan $199.

 

new-shield-tablet-k1tablet-k1-explosion.jpg
shield-tablet-k1-front

sumber

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.