Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate S tiba di Malaysia 27 Oktober ini

huawei-grand-launch-malaysia-harga
Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa Huawei Mate S akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 27 Oktober ini.

Minggu lalu kami telah mendedahkan bahawa harga penjualan model ini adalah RM 2,698 dan buat masa ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Huawei mengenai harga penjualan model ini di Malaysia.

Huawei Mate S hadir ke pasaran dengan skrin paparan AMOLED 1080p berukuran 5.5-inci yang turut dilapisi oleh gelas keselamatan Gorilla Glass 4 2.5D daripada Corning, pemproses Kirin 935, 3GB RAM dan dengan dua pilihan kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB ( tiada maklumat mengenai kapasiti memori yang akan ditawarkan di Malaysia).

huawei-mate-s-malaysia

Selain itu, Huawei Mate S hadir dengan kamera BSI 13MP RGWB yang mempunyai OIS yang sangat efisen. OIS pada Mate S ini mampu memperbetulkan pergerakan sehingga 1.2 darjah. Selain itu, Mate S turut dilengkapi dengan kamera 8MP f/2.4 dan turut mempunyai lampu flash LED.

Selain itu, Mate S juga mempunyai sensor pengesan cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang, bateri berkapasiti 2,700mAh, sistem operasi Android 5.1.1 Lollipop dengan UI Huawei EMUI3.1 dan NFC.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.