Oppo R7s akan dilancarkan secara rasmi 18 Oktober ini
Oppo secara rasminya telah mengumumkan bahawa siri telefon pintar terbaru mereka iaitu Oppo R7 akan menerima keluarga baru di Guld Information Technology Exhibition (GITEX) yang akan berlangsung di Dubai dari 18 hingga 22 Oktober ini.
Keluarga baru yang kami maksudkan adalah Oppo R7s yang dijangka akan hadir dengan spesifikasi dalaman yang lebih baik dan reka bentuk lebih premium.
Antara penambahbaikan yang akan ditawarkna pada Oppo R7s adalah skirn paparan yang lebih besar, ruang memori simpanan yang lebih luas dan dan kapasiti bateri yang memberikan jangka hayat lebih lama.
Selain itu, Oppo R7s juga akan hadir dengan teknologi kamera yang lebih baik jika dibandingkan dengan Oppo R7 dan Oppo R7 Lite.
Selain itu, pada GITEX ini juga, Oppo akan memaparkan edisi khas Oppo R7 Plus FC Barcelona dan kesemua model didalam siri R7 selain Oppo Mirror 5.
Berikut adalah reka bentuk ‘booth’ Oppo di GITEX yang akan berlangsung didalam masa 10 hari sahaja lagi.