Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate S dikesan di pangkalan data SIRIM

huawei-mate-s-malaysia

Huawei Mate S yang dijangka akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi kini telah dikesan di laman sesawang SIRIM.

Dengan kehadiran Huawei Mate S di pangkalan data SIRIM memberikan kita petunjuk bahawa pelancaran peranti ini ke pasaran tempatan akan berlaku didalam masa terdekat.

Huawei Mate S hadir dengan skrin paparan AMOLED 1080p berukuran 5.5-inci yang turut dilapisi oleh gelas keselamatan Gorilla Glass 4 2.5D daripada Corning, pemproses Kirin 935, 3GB RAM dan dengan dua pilihan kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB.

huawei-mate-s-sirim

Selain itu, Huawei Mate S hadir dengan kamera BSI 13MP RGWB yang mempunyai OIS yang sangat efisen. OIS pada Mate S ini mampu memperbetulkan pergerakan sehingga 1.2 darjah. Selain itu, Mate S turut dilengkapi dengan kamera 8MP f/2.4 dan turut mempunyai lampu flash LED.

Selain itu, Mate S juga mempunyai sensor pengesan cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang, bateri berkapasiti 2,700mAh, sistem operasi Android 5.1.1 Lollipop dengan UI Huawei EMUI3.1 dan NFC.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat harga penjualan model terbaru Huawei ini.

huawei-mate-s-malaysia-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.