Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : PaMu Scroll – pencabar Apple AirPods yang ditawarkan pada harga serendah RM 160

ULASAN : PaMu Scroll – pencabar Apple AirPods yang ditawarkan pada harga serendah RM 160

Pasaran peranti audio tanpa wayar semakin menjadi pasaran yang lumayan khususnya selepas pelancaran Apple AirPods yang telah mengubah presepsi terhadap peranti seperti ini.

peranti audio tanpa wayar dengan reka bentuk yang minimalistik dan tersembunyi dilihat sebagai masa depan pasaran ini.

Dengan penyingkiran pengunaan slot audio 3.5mm pada kebanyakkan peranti pintar dipasaran, peranti audio tanpa wayar adalah satu alternatif serius yang perlu anda pertimbangkan.

Jika peranti audio tanpa wayar daripada Apple, JBL dan pengeluar premium yang lain adalah diluar bajet anda, produk audio Padmatech ini adalah sesuatu yang anda perlu pertimbangkan.

Berikut adalah sebab kenapa PaMu Scroll mempunyai potensi untuk memenuhi kehendak muzik anda.

Hadir dengan sambungan Bluetooth 5.0 yang membolehkan anda menggunakan bersama peranti Android dan iOS

PaMu Scroll adalah peranti Bluetooth 5.0 yang sangat mesra pengguna, penyambungan PaMu Scroll kepada peranti hanya perlu dilakukan sekali dan selepas itu anda hanya perlu membuka Bluetooth pada peranti untuk penyambungan automatik.

Kualiti muzik dan panggilan yang sangat jelas dan tepat tanpa tokok tambah

Secara jujurnya kami amat kagum dengan kualiti audio yang ditawarkan oleh PaMu Scroll ini dan bunyi yang dikeluarkan adalah sempurna tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini.

Kadar bass yang dikeluarkan PaMu Scroll juga konsisten.

Operasi yang sangat mudah 

PaMu Scroll hadir dengan navigasi berasaskan sentuhan pada kedua-dua bahagian earphone ini dan anda juga boleh mengaktifkan SIRI melalui dua sentuhan pada earphone di telinga kiri (buku manual pengguna mendakwa pengaktifan SIRI dibuat dengan dua sentuhan pada earphone di telinga sebelah kanan).

Selain itu, anda juga boleh menjawab atau menolak panggilan melalui salah satu daripada earphone dimana satu sentuhan membolehkan anda menjawab panggilan manakala dua sentuhan untuk menolak panggilan.

PaMu Scroll juga boleh digunakan untuk memainkan muzik atau menghentikan muzik dengan satu sentuhan pada salah satu earphone ini.

Waktu operasi sehingga 3.5 jam dengan satu pengecasan penuh

PaMu Scroll mempunyai waktu pengunaan sehingga 3.5 jam dengan satu pengecasan penuh dan pengecasan penuh hub pengecasan hanya mengambil masa sekitar 20-30 minit iaitu bagi bateri berkapasiti 500mAh.

Ketika pengecasan, terdapat butang indikasi berwarna biru yang berkelip dan terdapat 4 lampu yang mewakili tahap pengecasan ( setiap lampu mewaikili 25% pengecasan).

Pengecasan juga amat mudah dilakukan dan terdapat juga peranti penerima untuk pengecasan tanpa wayar ( mungkin dijual berasingan).

Harga

Ini adalah kekuatan PaMu Scroll kerana peranti audio tanpa wayar ini adalah antara termurah dipasaran dan dibiayai sepenuhnya melalui ‘crowdfunding’ di Indiegogo.

                     

           4 pilihan warna PaMu Scroll

Harga penjualan $39 atau sekitar RM 160 menjadikan PaMu Scroll sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki memandangkan harga penjualan rasmi sudah pastinya lebih tinggi dari yang ditawarkan melalui Indiegogo.

PaMu Scroll kini boleh dibeli melalui laman sesawang Indiegogo mulai 12 September ini dan penghantaran akan dibuat mulai November 2018.

Beli PaMu Scroll di indiegogo melalui pautan ini > PaMu Scroll Indiegogo

Didalam masa kurang dari 24 jam selepas kempen di Indiegogo bermula, PaMu Scroll berkaya memperoleh hampir $100,000 peruntukan iaitu 482% daripada sasaran dan kempen ini masih berbaki sebulan.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.