Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Honor 50 Lite – Peranti Midrange Bawah RM 1,000 Yang Berbaloi

 

Pengenalan

Selepas penantian lama, Honor akhirnya telah melancarkan telefon pintar pertama selepas diambil alih daripada HUAWEI iaitu Honor 50 Series.

Honor 50 Series telah dilancarkan pada bulan Jun 2021 namun hanya pada bulan Oktober, telefon pintar ini telah mula memasuki pasaran antarabangsa dan model pertama dari keluarga ini yang memasuki pasaran adalah Honor 50.

Selepas Honor 50, Honor Malaysia kini telah mengumumkan pelancaran satu lagi telefon pintar didalam Honor 50 Series iaitu Honor 50 Lite yang ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan iaitu RM 999.

Seperti Honor 50, Honor 50 Lite juga membawakan pengguna ekosistem Google Mobile Services yang sangat penting untuk pengguna antarabangsa.

Reka Bentuk

Walaupun dibawah Honor 50 Series, Honor 50 Lite tampil dengan reka bentuk yang berbeza daripada Honor 50.

Pada mulanya, kami berpendapat bahawa Honor 50 Lite adalah model Honor 50 SE yang ditawarkan di pasaran China namun ternyata telefon pintar ini adalah model yang berbeza.

Apa pun, Honor 50 Lite masih menampilkan reka bentuk yang elegan yang sangat nipis dan ringan sesuai untuk pengguna yang mementingkan gaya yang premium.

 

Honor 50 Lite akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Deep Sea Blue, Midnight Black, dan Space Silver. Unit ulasan kami adalah Space Silver yang boleh dikatakan sebagai warna paling cantik daripada tiga warna yang ditawarkan pada telefon pintar ini.

Panel belakang Honor 50 Lite menampilkan reka bentuk sisi yang melengkung dan ianya dikenali sebagai 3D closed-arc design yang memberikan cengkaman yang kukuh ketika dipegang.

Panel belakang Honor 50 Lite ini juga memberikan refleksi warna yang berbeza pada apabila didedahkan pada sudut yang berbeza dan terdapat juga garis-garis halus dibahagian tengah yang selari dengan modul kamera.

Selain itu, kemasan panel belakng yang berkilat juga bermaksud ianya adalah sangat mudah kotor dengan kesan capjari namun terdapat bekas silikon yang pasti akan digunakan untuk melindungi telefon pintar.

Skrin Paparan

Honor 50 Lite hadir dengan skrin paparan Honor FullView berukuran 6.67-inci yang menampilkan reka bentuk bezel yang nipis iaitu hanya 1.05mm dan ini membolehkan telefon pintar ini memiliki kadar nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 94.4%.

Walaupun hadir sebagai sebuah peranti midrange, Honor 50 Lite memiliki satu panel skrin yang menawarkan pengalaman visual yang imersif dan ianya memiliki resolusi FHD+ namhn kadar segar semula adalah 60Hz.

Selain itu, skrin Honor 50 Lite ini juga menyokong gamut warna DCI-P3 dan True Color Display, yang melaras warna mengikut persekitaran dan meningkatkan ketepatan warna yang dipaparkan. Ini memberikan pengguna pengalaman visual yang menakjubkan kepada pengguna, kejelasan yang dipertingkatkan dan warna yang benar-benar nyata, semuanya pada Honor 50 Lite.

Dalam pada itu, Honor 50 Lite juga memiliki kadar  pensampelan sentuhan 180Hz yang lebih responsif kepada setiap sentuhan pada skrin. Ciri sudah pastinya digemari oleh mereka yang gemar bermain permainan video pada telefon pintar.

Pemproses

Honor 50 Lite tampil dengan pemproses Snapdragon 662 yang menawarkan anda prestasi midrange yang memuaskan.

Pemproses Snapdragon 662 yang digunakan  Honor 50 Lite ini juga dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Walaubagaimanapun, harus disedari bahawa terdapat had kepada kemampuan pemproses ini namun untuk kegunaan harian, ianya adalah sebuah cipset yang stabil dan konsisten dengan kuasa dan tahap kecekapan tenaga yang baik.

Honor 50 Lite juga disertakan dengan antaramuka MagicUI 4.2 yang berasaskan Android 11.

Salah satu kelebihan besar yang dimiliki Honor 50 dan Honor 50 Lite adalah akses kepada Google Mobile Services yang membolehkan telefon pintar Honor mula menarik perhatian pengguna global dan di Malaysia.

Kamera

Honor 50 Lite memilik 4 sensor kamera yang terdiri daripada satu sensor utama 64MP, sensor wide angle 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP.

Tetapan kamera ini adalah sesuatu yang biasa bagi telefon pintar kelas midrange dan kamera Honor 50 Lite ini membolehkan anda mempunyai sebuah peranti yang menawarkan anda kualiti fotografi yang memuaskan.

Hasil gambar yang diambil melalui sensor utama adalah kelihatan baik dan mod 64MP AI Ultra Clear Mode ternyata boleh digunakan untuk menggunakan sepenuh potensi sensor kamera ini.

Selain itu, sensor wide 8MP dan sensor makro 2MP juga membolehkan anda memiliki dua lagi mod fotografi yang popular pada telefon pintar namun prestasi yang ditawarkan tidak terlalu memuaskan.

Sensor depth 2MP pula digunakan sebagai pelengkap kepada kamera utama ketika mengambil gambar potrait. Kamera selfie Honor 50 Lite adalah 16MP.

Secara keseluruhanya, Honor 50 Lite membawakan sepasang kamera yang berwibawa dan mampu memberikan anda hasil fotografi yang memuaskan pada semua keadaan.

Bateri

Honor 50 Lite memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh namun bukan kapasiti bateri yang mencuri tumpuan pada telefon pintar ini.

Honor 50 Lite hadir dengan teknologi pengecasan pantas 66W HONOR Wired SuperCharge yang membolehkan anda mengecas bateri telefon pintar ini ke tahap 40% didalam masa 10 minit sahaja manakala pengecasan penuh hanya mengambil masa sekitar 39 minit.

Ini membolehkan anda menikmati kadar pengecasan kelas flagship pada harga midrange dan ini meletakkan Honor 50 Lite sebagai antara telefon pintar dengan teknologi pengecasan terbaik didalam kelas harga ini.

Penutup

Honor 50 Lite menawarkan pengguna sebuah telefon pintar pada harga mesra poket yang memberikan anda reka bentuk dan teknologi pengecasan pantas premium.

Selain itu, Honor 50 Lite adalah satu pilihan terbaik bagi anda mencari sebuah telefon pintar midrange serba lengkap pada harga dibawah RM 1,000.

Honor 50 Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 999.

Beli Honor 50 Lite di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.