Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T dilancarkan pada 30 September – harga serendah RM 1399?

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T dilancarkan pada 30 September - harga serendah RM 1399? 7
Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bahawa syarikat ini akan melancarkan siri telefon pintar Mi 10T pada 30 September ini dan ianya akan memasuki pasaran sebagai antara telefon pintar 5G yang berpatutan.

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan Mi 10T Pro dan Mi 10T yang mana versi Pro dijangka akan menggunakan pemproses Snapdragon 865 dan skrin paparan yang mempunyai kadar segar semula 144Hz.

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T dilancarkan pada 30 September - harga serendah RM 1399? 8

Beralih kepada Xiaomi Mi 10T, ianya dijangka akan hadir dengan pemproses mid-range terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 750G yang menjadikan telefon pintar ini sebagai antara yang pertama dipasaran untuk menggunapakai cip ini.

Apa yang lebih menarik adalah, Mi 10T juga telah disahkan akan hadir dengan harga penjualan €2xx yang bermaksud telefon pintar ini mungkin memasuki pasaran Malaysia pada harga sekitar RM 1299-RM 1499.

Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T dilancarkan pada 30 September - harga serendah RM 1399? 9

Pelancaran rasmi siri Xiaomi Mi 10T boleh anda saksikan pada 30 September ini jam 8 malam waktu Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.