Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 499

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 499 9

Xiaomi Malaysia secara rasminya telah melancarkan Redmi 9 ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan harga penjualan RM dari 499 sahaja.

Redmi 9 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.53-inci yang dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla 3 dan dengan nisbah 89.83%.

31DE0FC9-1744-4253-8399-1F24A68BE9AA-1024x507.jpeg

Xiaomi Redmi 9 hadir dengan pemproses Helio G80 yang hadir didalam konfigurasi 3/32GB atau 4/64GB selain sokongan dwi-SIM Nano dan microSD sehingga 512GB.

Tetapan Quad-kamera juga digunakan pada Redmi 9 ini iaitu sensor utama 13MP f/2.2, sensor ultrawide 118° 8MP f/2.2, sensor makro 5MP f/2.4 dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 8MP f/2.0

02BAC65A-681F-4DE6-BACE-B4AAA26240A8-1024x464.jpeg

Redmi 9 juga memiliki kapasiti bateri yang besar iaitu 5,020mAh dengan pengecasan pantas 18W namun hanya palam pengecas 10W disertakan didalam kotak.

5638D64C-CC67-4547-8071-185050C76BE5-1024x569.jpeg

Redmi 9 hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, hijau dan ungu dengan harga penjualan RM 499 bagi versi 3/32GB manakala versi 4/64GB pula hadir pada harga RM 599.

Anda boleh mendapatkan Redmi 9 mulai 25 Jun ini ​di Mi Stro seluruh negara, Lazada  dan Shopee.

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 499 10

Selain itu, Xiaomi Malaysia juga telah memperkenalkan tiga produk eksositem mereka iaitu Mi Ionic Hairdryer, Mi Robot Vacuum-Mop dan Mi Wi-Fi Range Extender Pro.

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 499 11

Harga penjualan adalah seperti berikut dan pembelian boleh dibuat di Mi Stor mulai 25 Jun ini.

Mi Ionic Hairdryer RM 179

Mi Robot Vacuum-Mop RM 999

Mi Wi-Fi Range Extender Pro RM 59

Xiaomi Redmi 9 kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 499 12

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.