Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X2 Pro sebagai telefon pintar flagship killer terbaik : berikut adalah pandang media antarabangsa

Jika anda mengikut perkembangan realme di Malaysia mahupun di pasaran antarabangsa, anda pasti sudah sedia maklum bahawa realme X2 Pro telah mendapat ulasan yang sangat positif dari kebanyakkan media antarabangsa.

Dengan pelancaran realme X2 Pro di Malaysia akan berlangsung dalam masa dari beberapa hari sahaja lagi, mari kita lihat pandangan dan komen positif beberapa media antarabangsa yang telah menguji realme X2 Pro.

Android Authority telah memberikan gelaran terulung bagi realme X2 Pro dimana media ini telah mengangkat realme X2 Pro sebagai ‘telefon pintar dengan nilai belian terbaik bagi tahun 2019’.

GMS Arena, nama yang tidak asing didalam memberikan ulasan dan menguji sesuatu telefon pintar ke tahap maksima juga telah memberikan respon yang menggalakan selepas mengunapakai realme X2 Pro.

GSM Arena mendakwa “realme X2 Pro tidak mempunyai sebarang pencabar didalam kategori telefon pintar flagship mampu milik khususnya kerana prestasi ‘top-notch’ yang ditawarkan.

Android Pit dalam pada itu juga mempunyai sentimen yang seperti GSM Arena dimana selepas mencuba sendiri realme X2 Pro, media ini berpendapat realme X2 Pro adalah flagship killer 2019 menepikan dakwaan syarikat telefon pintar yang berkata telefon pintar keluaran mereka adalah ‘flagship killer 2019’.

Secara keseluruhanya, realme X2 Pro telah menerima pujiaan dari serata komuniti media di seluruh dunia yang mana ianya termasuk Pocket Lint yang mengatakan telefon pintar flagship pertama realme telah mengejutkan ramai pihak manakala YouTuber terkenal, Unbox Therapy telah memberikan realme X2 Pro gelaran ‘Smartphone Value Champ’ yang terbaru.

Selepas mendapat permintaan luar biasa tidak dipasaran mana realme X2 Pro ditawarkan, impian ramai peminat realme di Malaysia terjawab kerana realme Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar flaghsip terbaik ini akan memasuki pasaran tempatan pada 2 Disember 2019.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.