Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme X2 Pro akan hadir dengan Snapdragon 855 Plus dan skrin 90Hz

Realme X2 Pro malaysia


Realme nampaknya semakin hampir melancarkan satu lagi model telefon pintar yang akan menjadi telefon pintar kelas flagship pertama syarikat ini.

Realme X2 Pro telah disahkan akan memasuki pasaran didalam masa terdekat dan ianya akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855 Plus.

Selain itu, seorang lagi pegawai atasan Realme juga mengesahkan bahawa Realme X2 Pro juga akan hadir dengan skrin paparan 90Hz yang turut menyokong kadar 60Hz.

Selain itu, terdapat juga kemungkinan Realme akan memperkenalkan OS mereka yang tersendiri menggantikan ColorOS yang di ‘pinjam’ dari Oppo.

Selain itu, dari segi kamera Realme X2 Pro dijangka akan menggunakan sensor kamera utama 64MP dengan kamera selfie adalah 32MP.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.