Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 2.2 dengan fotografi malam akan ditawarkan mulai 28 Jun pada harga RM 399

Nokia 2.2 dengan fotografi malam akan ditawarkan mulai 28 Jun pada harga RM 399 1

Nokia Malaysia secara rasminya telah mengumumkan satu lagi penawaran telefon pintar mampu milik iaitu Nokia 2.2 yang akan mula dijual dipasaran tempatan pada 28 Jun ini pada harga RM 399.

Nokia 2.2 merupakan telefon pintar siri 2 Nokia pertama yang menyertai program Android One, membolehkan pengguna menikmati sepenuhnya pengalaman Android terbaru selama 2 tahun.

Nokia 2.2 dengan fotografi malam akan ditawarkan mulai 28 Jun pada harga RM 399 2

Bercakap mengenai spesifikasi, Nokia 2.2 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 5.71-inci dengan takukan ‘waterdrop’, pemproses MediaTek Helio A22, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman.

Nokia 2.2 dengan fotografi malam akan ditawarkan mulai 28 Jun pada harga RM 399 3

Selain itu, Nokia 2.2 juga menjanjikan pengalaman fotografi yang terbaik walaupun pada waktu malam dengan tetapan kamera 13MP f/2.2 manakala kamera selfie adalah 5MP.

Nokia 2.2 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh yang menawarkan pengecasan 5W, slot microSD , Android Pie , Radio FM, butang Google Assistant dan sokongan dwi-SIM.

Nokia 2.2 ini akan ditawarkan didalam dua warna iaitu keluli atau hitam tungsten pada harga RM 399 (2/16GB) mulai 28 Jun ini.

Nokia 4.2 dan Nokia 1 Plus kini di Malaysia dengan harga dari RM 329 sahaja

Asus ROG lancarkan komputer riba gaming Mothership pada harga RM 26,999 dan beberapa lagi model pada harga yang lebih berpatutan

Vivo umumkan telefon pintar iQOO 5G dengan pengecasan pantas 120W dan gelas Vivo AR

Nokia 3.2 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 499

Info Selanjutnya sila melayari Nokia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.