Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno sunset rose akan dilancarkan pada 2 Julai oleh Nelydia Senrose

Oppo Reno sunset rose akan dilancarkan pada 2 Julai oleh Nelydia Senrose

Oppo Reno sunset rose akan dilancarkan pada 2 Julai oleh Nelydia Senrose

Oppo Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar Oppo Reno akan ditawarkan didalam warna baru iaitu ‘sunset rose’.

Oppo Malaysia kini juga telah memberikan pengesahan bahawa pelancaran warna sunset rose akan diadakan pada 2 Julai 2019.

Sunset rose adalah warna putih dengan tona merah jambu dalam kemasan matte yang menarik.

Oppo Reno sunset rose akan dilancarkan pada 2 Julai oleh Nelydia Senrose 1

Oppo Reno yang ditawarkan di Malaysia harga RM 1,999 sebelum ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu hijau’ ocean green’ dan hitam ‘jet black’.

Bercakap mengenai Oppo Reno ini, ianya adalah versi biasa Oppo Reno yang tidak memiliki teknologi kamera periskop namun kekurangan ini ditebus dengan penawaran sensor dwi-kamera 48MP + 5MP yang turut memiliki mod penggambaran malam Ultra Night 2.0.

Oppo Reno sunset rose akan dilancarkan pada 2 Julai oleh Nelydia Senrose 2

Selain itu, Oppo Reno ini akan turut memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.4-inci dengan nisbah skrin kepada badan 90.1%, pemproses Snapdragon 710, kapasiti RAM  6GB selain memori simpanan dalaman sehingga 256GB.

Oppo Reno sunset rose akan dilancarkan pada 2 Julai oleh Nelydia Senrose 3

Oppo Reno ini juga hadir dengan kamera selfie 16MP dengan mekanisma selfie meluncur ‘shark-fin’ yang unik dan bateri berkapasiti 3,765mAh dengan sokongan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0.

Buat masa ini harga penjualan Oppo Reno edisi ‘sunset rose’ ini masih belum diketahui dan pelancaran ini akan turut dihadiri oleh Nelydia Senrose.

Selain itu, Oppo juga tidak memberikan sebarang maklumat mengenai penawaran Oppo Reno 10x Zoom didalam warna ini namun ianya mungkin turut memasuki pasaran tidak lama selepas itu.

Oppo Reno 10x Zoom kini dilancarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 3,399

Oppo Reno dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,999

Dapat maklumat lanjut di https://www.oppo.com/my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.