Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi Band 4 kini ditawarkan di Malaysia di Shopee pada harga RM 149 sahaja

Shopee Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar Mi 9T dan Mi Band 4 akan ditawarkan di Shopee melalui stor rasmi Xiaomi Global Store.

Perbezaan stor ini dengan stor Mi Malaysia adalah kesemua produk ini dihantar terus dari China namun ianya akan mendapat jaminan waranti dari Mi Malaysia.

Ini bermaksud anda kini sudah boleh mendapatkan Xiaomi Mi Band 4 di Malaysia tanpa perlu risau akan masalah waranti walaupun ianya masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Xiaomi Mi Band 4 dilancarkan dengan skrin AMOLED berwarna dan bateri tahan 20 hari pada harga serendah RM 102

Xiaomi Mi Band 4 kini ditawarkan di Xiaomi Global Store di Shopee pada harga RM 149 sahaja dan anda juga akan menerima baucar RM 5 untuk membeli produk di Xiaomi Global Store.

Selain itu, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Mi 9T versi 6GB/128GB yang dilancarkan di Malaysia hari ini, Xiaomi Global Store di Shopee akan turut menawarkan telefon pintar ini mulai 27 Jun 2019.

Xiaomi Mi 9T dilancarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,099 sahaja

Xiaomi Mi 9T ini ditawarkan pada harga RM 1,399 namun anda akan menerima satu unit Redmi Air Dots bernilai RM 129 secara percuma.

Bagi anda yang ‘follow’ stor Xiaomi Global di Shopee dan membeli Mi 9T akan turut menerima Xiaomi Mi Compact Bluetooth Speaker 2 bernilai RM 49.90.

Beli Mi Band 4 sekarang Xiaomi Global Store di Shopee

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.