Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

foodpanda kini ditawarkan di 6 lagi bandar utama diseluruh Malaysia

foodpanda telah mengumumkan penawaran ke 6 lagi bandar utama di seluruh Malaysia didalam masa 6 bulan pada tahun 2019.

Enam bandar terbaru yang kini menawarkan perkhimatan penghantaran makanan foodpanda ke Ipoh, Melaka, Seremban, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu yang menjadikan foodpanda meliputi hampir 80 bandar diseluruh Asia Pasifik.

Sehingga kini, foodpanda telah juga meningkatkan rakan restauran di Malaysia dan pelanggan juga kini boleh menikmati restoran kegemaran mereka termasuk KFC, Pizza Hut, OLD TOWN White Coffee dan Gong Cha.

Bercakap mengenai minuman ‘bubble tea’ Gong Cha, syarikat ini akan menawarkan minuman berperisa coklat secara eksklusif di foodpanda mulai Julai sebelum ianya ditawarkan di stor-stir Gong Cha seluruh Malaysia.

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2012, foodpanda kini mempunyai hampir 6,000 restauran yang menawarkan perkhimatan 24 jam setiap hari.

Muat turun aplikasi foodpanda di Google Play Store atau Apple App Store dan nikmati pelbagai diskaun dan tawaran menarik.

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.