Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 6 disahkan akan dilancarkan di Malaysia

Asus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar kelas flagship terbaru syarikat ini iaitu ZenFone 6 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Pengesahan ini telah diberikan sendiri oleh pihak Asus Malaysia dan mengulas lebih lanjut mengenai pelancaran di Malaysia, Asus ZenFone 6 akan tiba pada suku-3 2019 iaitu antara Julai hingga September.

Asus ZenFone 6 ini hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan keluli dimana pada bahagian hadapan terdapat lapisan gelas Corning Gorilla 6, rangka aluminium siri-6000 dan panel belakang juga dibekalkan oleh Corning.

Asus ZenFone 6 juga telah menggunakan penyelesaian kamera flip yang menjadikan permukaan panel hadapan ZenFone 6 dipenuhi skrin sahaja.

Rangka kamera flip ini diperbuat daripada keluli cecair yang lebih ringan dari keluli biasa namun 4x ganda lebih kukuh dan akan tertutup secara automatik apabila peranti mengesan jatuhan.

Sensor kamera yang digunakan adalah kombinasi kamera 48MP Sony IMX586 f/1.8 dan sensor lensa lebar 125° 13MP.

Kamera ini juga mampu merakam video 4K 60fps dengan EIS, HDR+ dan mod malam.

Bercakap mengenai skrin, Asus ZenFone 6 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.4-inci dengan nisbah skrin kepada badan 92% dan Asus masih mengekalkan pengunaan capjari pada panel belakang dan bukanya pada skrin.

Asus ZenFone 6 akan hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855, kapasiti RAM sehingga 8GB dengan memori dalaman sehingga 256GB (UFS 2.1).

Asus ZenFone 6 juga hadir dengan sokongan tri-SIM (dua SIM + satu microSD), pensijilan audio Hi-Res dan dual amplifiers.

Seperti telefon pintar siri ZenFone Max, Asus telah turut menawarkan bateri berkapasiti 5,000mAh yang hadir dengan pengecasan pantas 18W (QuickCharge 4.0) yang juga hadir dengan mod ‘constant charging’ (tiada pengecasan tanpa wayar).

genai UI pula, Asus ZenFone 6 hadir dengan ZenUI 6 yang mirip sistem operasi Android Pie yang asli dan Asus juga menyatakan komitmen untuk menjadikan ZenFone 6 sebagai antara telefon pintar terawal untuk menerima Android 10 Q dan Android 11 R.

Bersama-sama kotak pembelian, Asus akan turut menyertakan ZenEar Headphones yang turut menyokong Hi-Res Audio dan ianya menggunakan bicu audio 3.5mm.

Harga penjualan Asus ZenFone 6 di Malaysia masih belum diketahui namun iany dijangka amat kompetitif bagi telefon pintar flagship iaitu sekitar RM 2,000-RM 2,500.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.