Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vivo Y91C pada harga RM 99 melalui pelan Celcom Xpax

Celcom kini menawarkan Vivo Y91C pada harga RM 99 dengan melanggan pelan pascabayar XP60 yang menawarkan anda 10GB kuota internet bulanan dan panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian.

Vivo Y91C adalah model terbaru didalam siri Y Vivo dan ianya hadir dengan skrin paparan water drop berukuran 6.22-inci dengan nisbah skrin kepada badan 88.6% yang mempunyai reka bentuk berkilau dengan warna gradiasi dan sisi melengkung 3D.

Vivo Y91C ini hadir dengan pemproses MediaTek MT6762R, 2GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,030mAh.

Selain itu, Vivo Y91C juga memiliki kamera belakang 13MP, kamera selfie 5MP yang turut hadir dengan sokongan penggambaran AI.

Vivo V91C juga hadir dengan Bluetooth 5.0, FunTouch OS 4.5 berasaskan Android 8.1 Oreo dan sokongan Dwi-SIM.

Maklumat lanjut mengenai pelan Celcom Xpax boleh diketahui di http://www.celcom.com.my/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.