Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan telefon pintar Realme dengan diskaun sehingga RM 200 di Shopee pada 17 Jun ini

Sempena hari penjualan Men’s Day ( Hari Lelaki) di platform Shopee, Realme Malaysia akan mengadakan satu penjualan khas terhad yang hanya boleh dinikmati untuk tempoh 24 jam sahaja.

Penjualan yang akan berlangsung pada 17 Jun ini akan menawarkan diskaun menarik bagi pembelian model telefon pintar Realme yang terpilih dengan penjimatan sehingga RM 200.

Realme Malaysia akan menawarkan diskaun menarik bagi 3 model telefon pintar Realme iaitu Realme C1, Realme 2 Pro dan Realme 3.

Berikut adalah tawaran menarik Realme Malaysia di Shopee pada 17 Jun ini :

Realme 2 Pro (4+64GB) – RM 599 – penjimatan RM 200

Realme 2 Pro (8+128G) – RM 799 – penjimatan RM 200

Realme 3 (3+32GB) – RM 579 – penjimatan RM 20

Realme C1 (2+16GB) – RM 399 – penjimatan 50

Realme C1 (3+32GB) – RM 429 – penjimatan 50

Selain itu, bagi anda yang membuat pembelian didalam 3 minit pertama selepas penjualan bermula (tengah malam 17 Jun), anda akan menerima bauchar RM 100 secara percuma.

Selain itu, bagi pembelian Realme C2 pula, anda akan menerima satu botol edisi terhad Realme dan satu kad microSD 32GB secara percuma.

Realme C2 ini hadir dengan harga penjualan RM 429 bagi versi (2+16GB) dan RM 499 bagi versi (3+32GB).

Pada jam 8 malam, Realme akan mengadakan satu siaran langsung khas melalui aplikasi Shopee dan akan terdapat tawaran menarik yang hanya sah ketika siaran langsung selama 45 minit ini sahaja.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini yang hanya akan berlangsung pada 17 Jun ini.

 

Ulasan : Realme 2 Pro

Ulasan : Realme 3

Ulasan Realme 3 Pro

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.