Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Tab S5e – tablet premium terbaik boleh anda beli

Samsung Galaxy Tab S5e – tablet premium terbaik boleh anda beli

Jika pasaran telefon pintar global boleh dikatakan berada didalam keadaan yang tepu lain pula ceritanya apabila nak diperkatakan mengenai pasaran tablet dunia.

Pasaran tablet dunia boleh dikatakan semakin merudum setiap tahun namun ini tidak menghalang syarikat seperti Samsung untuk sentiasa mengeluarkan produk terbaru yang masih memberikan sinar kepada pasaran tablet.

Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa tablet baru ke pasaran Malaysia dan model paling premium yang dibawa masuk adalah  Samsung Galaxy Tab S5e yang hadir dengan harga penjualan RM 1,999.

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy Tab S5e yang mana kami senaraikan apakah kelebihan tablet ini.

Tablet Samsung yang paling nipis dan paling ringan pernah dikeluarkan

Anda pasti terkejut betapa ringanya tablet Samsung Galaxy Tab S5e apabila anda memeganganya buat kali pertama dan ianya kini memegang gelaran tablet paling nipis dan paling ringan pernah dikeluarkan oleh Samsung.

Ianya mempunyai ketabalan 5.5m sahaja dengan berat keselurah adalah 400gram walaupun mempunyai bateri berkapasiti 7,040mAh.

Memegang dan membawa Tab S5e ini tidak akan menjadi masalah atau bebanan tambahan kepada anda kerana ianya sangat ringan dan nipis yang membolehkan anda menyelitkan sahaja tablet ini pada beg galas anda.

Reka bentuk berasaskan keluli juga menambahkan lagi penampilan premium tablet ini dan pengunaan gelas sudah pasti akan meningkatkan lagi berat tablet ini.

Skrin paparan sAMOLED yang terbaik dipasaran

Bercakap sahaja mengenai tablet, hampir 80-90% penggunaan tablet adalah untuk hiburan yang mana ianya termasuk menonton video, bermainan permainan video dan banyak lagi.

Skrin paparan merupakan satu aspek penting untuk memastikan pengalaman hiburan pada sesuatu tablet ini adalah yang terbaik.

Samsung telah menyertakan Galaxy Tab S5e dengan skrin paparan sAMOLED berukuran 10.5-inci yang menawarkan penghasilan warna paling hampir kepada realiti dan pada tahap kecerahan yang optimum.

Ianya adalah panel WQXGA dengan resolusi 2560 x 1600 dengan nisbah skrin kepada badan 81.8%.

Bagi kami, panel skrin pada Galaxy Tab S5e ini sangat nipis dan selesa untuk dipegang walaupun saiz yang sangat besar.

Pembesar suara ‘Quad Speaker System’ dari AKG

Memiliki skrin paparan yang terbaik sahaja tidak memadai bagi sesuatu tablet dan ianya mesti dipadankan dengan satu sistem bunyi yang mampu memberikan pengalaman multimedia terbaik dan Samsung Galaxy Tab S5e tidak mengecewakan didalam aspek ini.

Jika penghasilan efek bunyi stereo biasanya hadir dengan pengunaan dua pembesar suara, Samsung telah pergi ke satu tahap lebih hadapan dengan penawaran 4 pembesar suara yang memberikan anda pengalaman bunyi terbaik dan yang paling lantang pernah kami uji pada sesuatu peranti pintar.

Kerjasama AKG pada peranti Samsung kini dikembangkan kepada pasaran tablet selepas sebelum ini hanya dilihat pada telefon pintar dan ini membolehkan talaan bunyi pada Galaxy Tab S5e ini lebih premium dan lebih dekat kepada hasil bunyi yang sempurna.

Selain kerjasama AKG, Samsung Galaxy Tab S5e ini turut mendapat pensijilan Dolby Atmos yang membolehkan penawarna efek bunyi 3D.

Bateri berkapasiti 7,040mAh yang mampu menawarkan anda maraton multimedia sepanjang hari

Penawaran bateri berkapasiti 7,040mAh pada Samsung Galaxy Tab S5e terus meletakkan tablet ini sebagai antara tablet dengan kapasiti bateri paling besar dipasaran.

Dengan bateri ini, anda tidak lagi perlu risau akan kehabisan bateri ketika sedang ‘out-station’ atau didalam perjalanan jauh seperti dalam kapal terbang atau kereta.

Samsung menjanjikan bateri Galaxy Tab S5e ini mampu bertahan sehingga 15 jam namun anda dijangka akan menerima jangka hayat bateri untuk pengunaan purata untuk satu hari.

Dengan bateri bersaiz gergasi ini, Samsung harus juga dipuji kerana telah menyertakan sokongan pengecasan pantas yang mampu memenuhi tablet ini didalam masa beberapa jam.

Pretasi keseluruhan yang memberangsangkan

Samsung Galaxy Tab S5e merupakan tablet pertama Samsung untuk menggunakan pemproses Snapdragon 670 dan ianya dipadankan dengan 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Prestasi tablet ini adalah dilihat mencukupi dan kami juga ada mencuba bermain permainan PUBG pada Tab S5e dan ianya mampu menawarkan pengalaman permainan tanpa sebarang lag.

 

Penutup

Samsung Galaxy Tab S5e hadir dengan harga penjualan RM 1,999 yang mana ianya satu harga yang premium bagi sesuatu tablet namun dengan pakej yang dimiliki oleh Tab S5e, ianya adalah pelaburan yang berbaloi.

Samsung Galaxy Tab S5e ini hadir didalam dua pilihan warna iaitu kelabu dan emas dengan pembelian boleh dibuat di stor atas talian rasmi Samsung atau di stor Samsung diseluruh negara.

Dapat Info selanjutnya di Samsung Official Website

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.