Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Realme 3 Pro dilaporkan akan bermula dari RM 899 sahaja

Harga Realme 3 Pro dilaporkan akan bermula dari RM 899 sahaja

Harga Realme 3 Pro dilaporkan akan bermula dari RM 899 sahaja.

Dengan berbaki satu hari sahaja sebelum pelancaran rasmi Realme 3 Pro di Malaysia, elemen kejutan yang biasa disimpan sehingga detik pelancaran nampaknya kini telah didedahkan oleh pengedar telefon pintar Satu Gadget.

Melalui posting di Facebook SatuGadget, syarikat ini telah mengesahkan bahawa Realme 3 Pro telah dibuka untuk tempahan dan ianya hadir dengan harga penjualan dari RM 899- RM 1,099.

Sebanyak dua versi Realme 3 Pro akan ditawarkan di Malaysia iaitu versi 4GB+64GB pada harga RM 899 manakala versi 6GB+128GB pula hadir dengan harga penjualan RM 1,099.

Mengulas kembali mengenai Realme 3 Pro ini, ianya hadir dengan reka bentuk gradiasi yang diinspirasikan dari litar lumba Le-Mans.

Harga Realme 3 Pro dilaporkan akan bermula dari RM 899 sahaja 1

Beralih kepada skrin paparan, Realme 3 Pro hadir dengan skrin paparan dew-drop berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ yang dilapisi Gorilla Glass 5, pemproses Snapdragon 710 AEI  dan Adreno 616

Harga Realme 3 Pro dilaporkan akan bermula dari RM 899 sahaja 2

Bercakap mengenai kamera, Realme 3 Pro hadir dengan tetapan kamera utama 16MP f/1.7 Sony IMX519 yang digandingan dengan sensor 5MP f/2.4 dengan sokongan mod Chroma Boost, Night Scape dan Ultra HD (gambar beresolusi 64MP).

Realme 3 pro juga memiliki kamera selfie 25MP yang hadir dengan mod kecantikan AI dan banyak lagi.

Selain itu, Realme 3 Pro juga hadir dengan rakaman video gerak perlahan 960fps (720p), rakaman video 4K dengan kebolehan mengedit video.

Realme 3 Pro akan hadir dengan ColorOS 6.0 berasaskan Android Pie, mod gaming HyperBoost 2.0 dan pembesar suara yang 2x lebih kuat.

Realme 3 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,045mAh(15.6% lebih tinggi kapasiti berbanding Realme 2 Pro) dengan moc CABC dan pengecasan pantas VOOC 3.0 yang mana pengecasan penuh hanya mengambil masa 80 minit. (Anda juga boleh bermain permainan video ketika pengecasan dan masih mencapai tahap pengecasan yang sama).

Harga Realme 3 Pro dilaporkan akan bermula dari RM 899 sahaja 3

Realme 3 Pro dijangka akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu ungu, biru dan hitam.

sumber

Perkongsian Gambar-Gambar Yang Diambil Melalui Realme 3 Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.