Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei menawarkan promosi dan diskaun menarik sehingga 80% sempena ulang tahun ke-5 Huawei Online Store

Sempena ulang tahun ke-5 stor atas talian rasmi Huawei, Huawei kini menawarkan promosi dengan diskaun sehingga 80% bagi pembelian produk-produk Huawei.

Promosi menarik yang bermula hari ini sehingga 30 April 2019 menawarkan pelbagai promosi untuk membeli telefon pintar atau produk Huawei yang terkini.

Huawei Malaysia juga menganjurkan kempen ‘grow your shopping money’ dari 24 hingga 28 April dimana anda hanya perlu membayar deposit tertentu dan menerima penjimatan sehingga 5x daripada nilai deposit ketika menyelesaikan pembelian pada 28-29 April 2019.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Antara produk yang boleh dibeli dengan diskaun sehingga RM 400 adalah HUAWEI MateBook X Pro, telefon pintar Siri HUAWEI Mate 20, Siri HUAWEI nova 3 atau Nova 4 dan siri HUAWEI Y.

Selain itu, Huawei turut mengadakan penjualan kilat aksesori Huawei dengan harga penjualan yang jauh lebih rendah namun pada jumlah kuantiti yang rendah.

Kemuncak penjualan kilat ini adalah pada 29 April apabila 3 unit tablet Huawei M3 Lite akan ditawarkan pada harga RM 499 sahaja iaitu penjimatan sebanyak RM 490.

Selain itu, Huawei juga menawarkan diskaun RM 200 bagi pelanggan Astro apabila membeli telefon pintar Huawei Mate 20 atau Huawei Mate 20 Pro.

Huawei Mate 20 Pro kini ditawarkan pada harga RM 2,999

Pembeli telefon pintar Huawei P30 atau Huawei P30 Pro akan turut menerima Huawei Band 3 bernilai RM 239 secara percuma bersama-sama set hadiah percuma yang sedia ada.

Huawei P30 dan P30 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan 18 bulan waranti pada harga dari RM 2,699

Maklumat lanjut penjualan istimewa sempena ulang tahun ke-5 Huawei Online Store boleh anda ketahui di SiNi

Comments

comments