Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P30 Pro telah digunakan untuk penggambaran majlis perkhawinan Fasha Sandha dan Adil Aziz

Semalam kami telah melaporkan mengenai bagaimana kelebihan teknologi zoom yang dimiliki siri Huawei P30 boleh digunakan ketika menghadiri konsert.

Teknologi kamera terbaru siri Huawei P30 ini nampaknya merupakan antara yang pertama dipasaran untuk ditawarkan dengan teknologi ini tidak lama lagi.

Huawei P30 Pro yang dikatakan memiliki teknologi zoom yang hebat ini telah membuat penampilan di majlis perkhawinan Fasha Sandha dan Aidil Aziz.

Satu sesi fotografi perkhawinan pasangan ini telah membuktikan bahawa kualiti gambar yang terhasil daripada kamera Leica generasi baru yang dimiliki siri Huawei P30 ini adalah sangat tinggi dan jelas walaupun di zoom ke tahap yang sangat dekat.

Telefon pintar siri Huawei P30 akan dilancarkan secara rasmi di Paris, Perancis pada 26 Mac ini sebelum memasuki pasaran Malaysia tidak lama selepas itu.

Huawei juga telah mengumumkan bahawa setiap pembelian siri Huawei P30 akan menerima satu unit Huawei Backup berkapasiti 1TB secara percuma.

Kebolehan zoom Huawei P30 Pro terbukti pada gambar yang diambil di konsert Blue ini

Huawei berjaya menjual 10 juta unit Siri Huawei Mate 20 dalam masa 5 bulan

Huawei Backup akan ditawarkan secara percuma dengan pembelian telefon pintar siri Huawei P30 di Malaysia

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil di majlis perkhawinan Fasha Sandha dan Aidil Aziz menggunakan telefon terbaru siri Huawei P30 ini.

Gambar resolusi penuh di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.