Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 – selfie kini boleh diambil didalam air

 

Samsung Galaxy A8 Plus 2018

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 – selfie kini boleh diambil didalam air

Pendahuluan

Siri Samsung Galaxy A bagi tahun 2018 hadir dengan fokus diletakkan kepada penawaran selfie yang baik dan dalam masa yang sama mewarisi beberapa ciri-ciri telefon pintar utama Samsung bagi tahun 2017 iaitu Galaxy S8 dan Galaxy S8+.

Jika tahun-tahun sebelum ini, Siri Galaxy A hadir didalam model A3, A5 dan A7 serta A8, tahun ini menyaksikan hanya dua model dilancarkan dan kedua-dua model ini adalah Galaxy A8  2018 dan Galaxy A8+(2018).

Samsung Galaxy A8 Plus 2018 adalah model yang memiliki skrin paparan dan kapasiti bateri yang lebih besar dan kami telah diberikan peluang untuk menguji dan membuat ulasan menyeluruh bagi Samsung Galaxy A8 Plus 2018.

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 1

Reka bentuk

Samsung Galaxy A8 Plus 2018 adalah model yang mempunyai persamaan hampir 80% dengan model flagship Samsung iaitu Galaxy S8 khususnya pada panel hadapan dengan pengunaan skrin paparan Infinity Display yang sebelum ini hanya eksklusif pada model atasan.

Selain itu, dengan skrin paparan yang mempunyai 18:9, Samsung Galaxy A8 Plus 2018 kelihatan tinggi dan tebal dengan bezel pada panel hadapan masih wujud.

Pada bahagian belakang, Samsung mengadaptasikan pengunaan panel gelas yang seragam dengan sensor kamera yang rata selain sensor capjari pada bahagian bawah kamera.

Pada bahagian sisi kanan, Samsung telah meletakkan gril pembesar suara yang mana ianya adalah lokasi yang lebih baik berbanding pada bahagian bawah ( akan tertutup ketika menggunakan peranti dalam keadaan landskap).

Samsung Galaxy A8 Plus 2018 masih mengekalkan pengunaan slot audio 3.5mm manakala slot SIM dan microSD kini dibahagian atas rangka.

Sensor capjari mengambil tempat dibahagian belakang iaitu betul-betul dibahagian bawah kamera belakang.

Samsung Galaxy A8 Plus 2018 juga mendapat pengiktirafan Ingress yang bermaksud telefon pintar ini mempunyai kekalisan air dan habuk iaitu pada tahap IP68 yang membolehkan pengunaan didalam air sedalam 1 meter untuk tempoh 30 minit.

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 2

Prestasi dalaman

Samsung Samsung Galaxy A8 Plus 2018 hadir dengan pemproses Exynos 7885 octa, 6GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Pengunaan pemproses Exynos kelas pertengahan adalah untuk menawarkan keseimbangan antara prestasi dan jangka hayat bateri.

Walaupun mempunyai harga penjualan yang hampir kepada Galaxy S8, pretasi keseluruhan Samsung Galaxy A8 Plus 2018 sudah pastinya lebih baik joka pemproses 8895 yang ditawarkan pada Galaxy S8 dan Galaxy S8+ digunakan pada model ini.

Samsung juga menawarkan Samsung Galaxy A8 Plus 2018 dengan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat yang mana ianya adalah sesuatu yang mengecewakan memandangkan Android 8.0 Oreo telah pun berada di pasaran sejak beberapa bulan lalu.

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 3

Samsung Galaxy A8 Plus 2018 juga hadir dengan aplikasi Microsoft yang sudah pasti memudahkan lagi pengguna membuat kerja walaupun berada jauh dari tempat kerja. Antara aplikasi yang ditawarkan secara percuma adalah Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint, Microsoft OneDrive dan LinkedIn

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 4

Kamera

Siri Samsung Galaxy A tahun ini boleh dikatakan sebagai siri telefon pintar yang memfokuskan kepada penawaran kamera selfie yang baik yang mana membuktikan Samsung juga ingin mencuba nasib didalam pasaran yang didominasi oleh Vivo dan Oppo.

Samsung Galaxy A8 Plus 2018 merupakan telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan teknologi dwi-kamera dihadapan yang membawa maksud kamera selfie ini adalah eksklusif bagi model Galaxy A8 (2018) dan A8+ (2018) sahaja.

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 5

Pada bahagian hadapan, Samsung Galaxy A8 Plus 2018 memiliki tetapan 16MP + 8MP yang dilihat mampu mengambil gambar selfie pada tahap yang boleh dipuji dan terdapat juga sokongan pengambilan gambar bokeh yang dikenali sebagai Live Focus.

Hasil ujian kami mendapati gambar selfie yang diambil adalah baik namun apabila keadaan cahaya yanh tidak memihak kepada kamera, kualiti gambar yang dihasilkan adalah dibawah paras memuaskan.

Selain itu, kamera Samsung Galaxy A8 Plus 2018 juga menyokong mod kecantikan dan AR sticker seperti yang ditawarkan pada aplikasi Snapchat.

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 6

Beralih kepada kamera belakang Samsung Galaxy A8 Plus 2018 , ianya adalah sensor 16MP dengan aperture f/1.7, kamera ini menghasilkan gambar yang baik namun kualiti yang tidak memuaskan.

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 7

Penghasilan warna adalah baik namun ketelitian dan kejelasan gambar tidak begitu positif.

Dengan kadar cahaya yang baik, prestasi kamera utama Samsung ini adalah lebih baik.

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 8

Kamera Samsung ini juga menyokong Bixby Vision yang membolehkan anda mengambil gambar objek atau lokasi sebelum Bixby mencari gambar tersebut di Pinterest.

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 9

Bixby Vision ini juga boleh digunakan untuk mengesan teks pada gambar sebelum teks berkenaan ditukar kepada teks yang boleh anda gunakan atau diterjemah ke bahasa pilihan anda.

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 10

Prestasi bateri

Dengan Samsung Galaxy A8 Plus 2018 , Samsung mahu menawarkan peranti yang mampu memberikan pengguna jangka hayat bateri yang baik dan pada masa yang sama dengan prestasi keseluruhan yang seimbang.

Bateri berkapasiti 4,000mAh yang dimiliki oleh Samsung Galaxy A8 Plus 2018 ini mampu memberikan pulangan jangka hayat bateri sehingga 10-12 jam dan terdapat sokongan pengecasan pantas Samsung yang dikenali sebagai Samsung Adaptive Fast Charge.

Anda boleh mengecas peranti anda dari 10% kepada 100% didalam masa kurang dari satu jam.

Walaupun hadir dengan pengunaan panel belakang berasaskan gelas, Samsung tidak menawarkan sokongan pengecasan tanpa wayar yang dikekalkan sebagai ciri eksklusif bagi telefon pintar kelas flagship mereka.

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 11

Penutup

Tidak dapat kami nafikan bahawa Samsung Samsung Galaxy A8 Plus 2018 adalah telefon pintar yang berjaya menambat hati kami khususnya dari segi skrin dan kamera selfienya.

Dengan reputasi Samsung yang baik, Samsung Galaxy A8 Plus 2018 boleh diangkat sebagai telefon pintar kelas pertengahan terbaik di pasaran.

Walaubagaimanapun, dengan harga penjualan RM 2,499, Samsung Galaxy A8 Plus 2018 ini boleh dikatakan mempunyai harga penjualan yang sedikit tinggi lebih-lebih lagi kerana Samsung Galaxy S8 boleh dimiliki dengan tambahan beberapa ratus sahaja.

Apa pun jika anda mengemarkan selfie dan mahu menggunakanya didalam aktiviti air, Samsung Galaxy A8 Plus 2018 mungkin boleh anda pertimbangkan.

Anda boleh beli Samsung Galaxy A8 Plus 2018 di SINI.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy A8 Plus 2018

ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 12ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 13ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 14ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 15ULASAN : Samsung Galaxy A8 Plus 2018 - selfie kini boleh diambil didalam air 16

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.