Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Warna dan kapasiti storan dalaman Apple iPhone 13 Series telah didedahkan


Sedang kita menghampiri ambang pelancaran rasmi Apple iPhone 13 Series minggu hadapan, satu pengedar telefon pintar di Ukrain secara tidak sengaja telah mendedahkan maklumat storan dan warna yang akan ditawarkan.

Jika laporan ini tepat, Apple iPhone 13 dan iPhone 13 Mini akan hadir didalam 6 pilihan warna iaitu black, blue, purple, pink, white, dan Product RED.

@theapplehub

Selain itu, bercakap mengenai storan dalaman, Apple iPhone 13 Mini akan hadir didalam dua storan iaitu 64GB dan 128GB manakala iPhone 13 pula akan ditawarkan didalam storan dalaman 128GB dan 256GB.

Beralih kepada model premium iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, kedua-dua model ini akan ditawarkan didalam warna black, silver, gold, dan bronze.

Dalam pada itu, Apple iPhone 13 Pro akan ditawarkan didalam dua storan iaitu 128GB dan 256GB manakala Apple iPhone 13 Pro Max pula akan ditawarkan didalam storan 256GB dan 512GB.

Majlis pelancaran Apple ini akan diadakan pada 14 September dimana selain iPhone 13 Series, kita juga akan menyaksikan generasi baharu Apple Watch.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.