Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23+ kini rasmi dengan reka bentuk baharu dan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy – dari RM 3,899

Selain Samsung Galaxy S23 Ultra, Samsung Galaxy S23 dan Samsung Galaxy S23+ juga dilancarkan dengan beberapa penambahbaikan dari segi dalaman dan luaran.

Samsung Galaxy S23 Ultra kini rasmi dengan sensor 200MP dan cip flagship Snapdragon 8 Gen 2 khas – dari RM 5,699

Samsung Galaxy S23 dan Samsung Galaxy S23+ memiliki reka bentuk yang lebih mirip kepada Galaxy S23 Ultra terutamanya penggunaan modul ‘Floating Camera’ namun masih mengekalkan reka bentuk skrin yang rata.

Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23+ tampil dengan reka bentuk yang diperbuat daripada rangka angka Armor Aluminium dan lapisan gelas Corning Glass Victus 2 pada hadapan dan belakang.

Samsung Galaxy S23 dan Samsung Galaxy S23+ mempunyai banyak persamaan dan ianya bermula dari skrin dimana kedua-dua model ini hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED 2X berukuran 6.1-inci dan 6.6-inci dengan kadar segar semula 120Hz (10Hz-120Hz) dan Vision Booster. Kedua-dua model juga mempunyai sensor capjari ultrasonic dalam skrin.

Seterusnya, Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23+ dijana cip pemprosesan flaghsip terbaru daripada Qualcomm yang mempunyai kelajuan yang lebih tinggi berbanding versi yang ditawarkan kepada pengeluar lain dan ianya dikenali sebagai Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy. Kedua-dua telefon pintar ini memiliki 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Ke bahagian kamera pula, kedua telefon pintar ini juga berkongsi sistem kamera yang sama iaitu satu sensor utama 50MP yang memiliki Dual Pixel AF dan OIS, sensor ultrawide 12MP, sensor telefoto 10MP yang menawarkan 3x zoom optik yang turut mempunyai OIS. Kamera selfie adalah 12MP yang sama seperti pada Galaxy S23 Ultra.

Beralih kepada bateri, Samsung Galaxy S23 memiliki bateri berkapasiti 3,900mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W manakala Samsung Galaxy S23+ pula memiliki bateri berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan pantas 45W. Kedua-dua peranti ini juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 15W.

Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23+ juga akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Phantom Black, Cream, Green dan Lavender.

Samsung Galaxy S23 dan Samsung Galaxy S23+ akan ditawarkan pada harga yang bermula dari RM 3,899

Berikut adalah harga Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23+ di Malaysia :

Samsung Galaxy S23 8/128GB – RM 3,899

Samsung Galaxy S23 8/256GB – RM 4,199

Samsung Galaxy S23+ 8/256GB – RM 5,699

Samsung Galaxy S23+ 8/512GB – RM 6,199

Maklumat pra-tempahan di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.