Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S23 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari ini

Samsung Galaxy S23 Series akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Februari ini 3

Samsung secara rasminya telah mengesahkan bahawa majlis pelancaran Samsung Unpacked 2023 akan berlangsung pada 1 Februari ini (2 Februari mengikut waktu Malaysia).

Majlis pelancaran yang akan memperkenalkan Samsung Galaxy S23 Series ini akan berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat yang merupakan acara Unpacked fizikal pertama didalam tiga tahun.

Samsung Galaxy S23 Series akan tampil didalam tiga model iaitu Samsung Galaxy S23, Samsung Galaxy S23 Plus dan Samsung Galaxy S23 Ultra.

Selain itu, Samsung Malaysia juga telah membuka pendaftaran minat bagi Samsung Galaxy S23 Series yang akan memberikan anda e-baucar Samsung bernilai RM 200.

Daftar minat di : https://www.samsung.com/my/unpacked/

Majlis pelancaran Samsung Unpacked 2023 ini boleh disaksikan secara langsung pada 2 Februari bermula jam 2 pagi melalui YouTube Samsung Malaysia , laman web Samsung Malaysia, Facebook Samsung Malaysia dan diĀ Samsung Malaysia Newsroom.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.