Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 – Sama tapi tak serupa

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 - Sama tapi tak serupa 23Pengenalan

Telefon pintar foldable Samsung bermula sebagai sebuah peranti futuristik beberapa tahun lalu namun kini ianya menjadi satu siri telefon pintar tahunan yang telah menggantikan tempat Samsung Galaxy Note Series.

Tahun ini, Samsung Galaxy Z Fold telah memasuki generasi keempat melalui Galaxy Z Fold4 dan Samsung sekali lagi dilihat memfokuskan kepada penambahbaikan daripada perubahan drastik pada rekaanya.

Secara asasnya, Samsung Galaxy Z Fold4 masih mengekalkan rekaan yang hampir sama dengan Galaxy Z Fold3 namun penambahbaikan dalaman diteruskan lagi pada generasi terbaru ini.

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy Z Fold4 yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 6,799.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 - Sama tapi tak serupa 24

Reka Bentuk & Skrin Paparan

Sebelum menyelam lebih dalam ke bahagian reka bentuk, Samsung Galaxy Z Fold4 hadir dengan perlindungan kalis air IPX8 yang mungkin biasa untuk telefon pintar flagship premium namun agak luar biasa bagi peranti didalam kategori foldable dan ini merupakan generasi kedua untuk hadir dengan sokongan pensijilan kalis air namun kami berharap Samsung mungkin turut dapat menawarkan perlindungan habuk pada generasi akan datang.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 - Sama tapi tak serupa 25

Sekilas pandang, Samsung Galaxy Z Fold4 mempunyai reka bentuk yang sama seperti Galaxy Z Fold3 namun terdapat sedikit perbezaan seperti sisi bezel yang lebih ramping dan engsel yang lebih nipis.

Dari segi dimensi, Samsung Galaxy Z Fold4  juga sedikit kecil berbanding generasi sebelum ini iaitu155.1 x 67.1 x 14.2-15.8mm apabila dilipat dan 155.1 x 130.0 x 6.3mm apabila dibuka sepenuhnya manakala berat adalah 263 gram iaitu 8 gram lebih ringan berbanding Galaxy Z Fold3.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 - Sama tapi tak serupa 26

Samsung meneruskan penggunaan rangka Armor Aluminum yang telah terbukti memberikan telefon pintar flagship Samsung sebuah chasis yang tahan lasak dan ianya turut dipadankan bersama gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+.

Bercakap mengenai pilihan warna, Samsung Galaxy Z Fold4 tampil didalam empat warna iaitu Phantom Black, Beige, Graygreen dan warna eksklusif Samsung.com iaitu Burgundy.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 - Sama tapi tak serupa 27

Dalam pada itu, walaupun reka bentuk generasi Fold kali ini adalah lebih kompak, Samsung harus diberikan pujian kerana saiz skrin paparan yang digunakan masih sama iaitu skrin paparan utama berukuran 7.6-inci dan skrin ini tidak mempunyai sebarang notch untuk menempatkan kamera selfie kerana Samsung Galaxy Z Fold4 hadir dengan teknologi in-display camera yang merupakan generasi kedua yang lebih lutsinar namun kualiti kamera masih mengecewakan.

Skrin paparan utama ini adalah panel Foldable Dynamic AMOLED 2X yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dan HDR10+. Ianya mempunyai resolusi 1812 x 2176 piksel dengan nisbah 10:8:9

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 - Sama tapi tak serupa 28

Beralih kepada skrin paparan luar ‘cover screen’, Galaxy Z Fold4 yang menempatkan skrin paparan berukuran 6.2-inci yang mempunyai nisbah 23:1:9 dengan resolusi 2316 x 904 piksel dengan kadar segar semula skrin paparan utama iaitu 120Hz dengan menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X. 

Ini bermaksud anda dapat menikmati kandungan pada paparan utama dan paparan cover screen pada kadar segar semula yang sama namun saiz paparan ini adalah masih agak sempit dan tinggi untuk penggunaan biasa.

Dalam pada itu, panel skrin utama Samsung Galaxy Z Fold4 juga input S Pen namun anda perlu mendapatkan S Pen Fold Edition yang hadir dengan bucu pen yang lebih lembut dan mesra kepada skrin paparan foldable.  Galaxy Z Fold4 juga menyokong S Pen Pro.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 - Sama tapi tak serupa 29

Satu lagi teknologi yang harus diperkatakan adalah pengguna sensor kamera selfie terbina dalam skrin pada panel utama. Ianya adalah sensor 4MP yang dilihat tidak mampu memberikan anda hasil selfie yang baik namun Samsung telah menambahbaik teknologi ini dimana ianya lebih terlindung didalam skrin ketika tidak digunakan.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 - Sama tapi tak serupa 30

Pemproses

Samsung Galaxy Z Fold4 hadir dengan pemproses kelas flagship terbaik di pasaran iaitu Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 yang menjanjikan prestasi CPU dan GPU yang stabil dan lebih sejuk berbanding cip Snapdragon 8 Gen 1. ianya dikilangkan oleh TSMC dan perbezaan antara kedua cipset ini dilihat amat ketara walaupun dilancarkan pada tahun yang sama.

Bersama-sama pemproses kelas flagship ini, Samsung Galaxy Z Fold4 juga hadir satu pilihan kapasiti RAM iaitu 12GB dengan tiga pilihan storan dalaman jenis UFS 3.1 iaitu 256GB, 512GB dan 1TB.

Samsung Galaxy Z Fold4  hadir dengan antaramuka OneUI 4.1.1 yang berasakan Android 12L dan terdapat beberapa ciri menarik yang disesuaikan khas untuk telefon pintar kategori unik ini dan salah satu daripadanya adalah Flex mode.

Samsung Galaxy Z Fold4  tampil dengan ciri yang dikenali sebagai Flex mode. Ciri ini akan di gunapakai apabila skrin dilipat separuh yang akan menjadikan aplikasi yang dibuka disesuaikan mengikut lipatan ini.

Sebagai contoh perisian yang telah disesuaikan untuk Flex mode adalah aplikasi YouTube dimana video akan dimainkan pada bahagian atas skrin manakala panel bawah akan memberikan maklumat video dan banyak lagi.

Ini memberikan anda kebebasan menonton video YouTube Kegemaran anda tanpa perlu memegang telefon pintar dan boleh diletakkan pada meja.

Flex mode panel ini disokong oleh pelbagai aplikasi dan untuk mengaktifkan mod flex bagi aplikasi tersebut anda boleh ke bahagian Settings > Advanced Features > Labs > Flex mode Panel > pilih aplikasi.

Walaubagaimanapun, tidak semua aplikasi yang menyokong flex mode dan jika aplikasi tersebut tidak menyokong mod ini, hanya bahagian atas akan digunakan untuk memaparkan aplikasi manakala pada bahagian bawah akan digunakan sebagai menu untuk akses kepada bahagian notifikasi, kecerahan, screenshot dan kelantangan bunyi. terdapat juga butang X untuk kembali ke paparan penuh.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 - Sama tapi tak serupa 31

Kamera

Samsung Galaxy Z Fold4 menampilkan penggunaan tiga kamera dibahagian belakang yang kini semakin  setaraf sensor kamera yang ditawarkan pada Galaxy S22 Series terutamanya apabila dibandingkan dengan Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S22+

Tiga sensor yang dimiliki telefon pintar foldable terbaru Samsung ini adalah unit sensor utama 50MP bersama sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 10MP.

Pertama adalah sensor 50MP Samsung GN3 yang mempunyai pemfokusan auto Dual Pixel dan OIS manakala sensor  yang berada ditengah adalah sensor ultrawide Sony IMX 258 12MP yang mempunyai 123° FOV dan aperture f/2.2. Sensor ketiga dan terakhir pada Galaxy Z Fold3 ini adalah sensor telefoto 10MP 66mm yang kini menawarkan 3x zoom optik dan sensor ini juga mempunyai PDAF dan OIS. Walaubagaimanapun, hasil gambar yang diperoleh melalui sensor telefoto juga akan mempunyai resolusi 12MP

Secara keseluruhan, Samsung Galaxy Z Fold4 menawarkan anda kemampuan kamera yang lebih baik berbanding Galaxy Z Fold3 ini juga bermaksud Samsung telah mula membaiki kekurangan telefon pintar foldable syarikat ini.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 - Sama tapi tak serupa 32

Bateri

Samsung Galaxy Z Fold4 hadir dengan bateri berkapasiti 4,400mAh yang merupakan kapasiti yang sama seperti pada generasi sebelum ini namun dengan berat keseluruhan yang lebih ringan.

Seperti biasa, bateri ini dibahagikan kepada dua sel iaitu satu pada setiap bahagian.

Bercakap mengenai pengecasan, Samsung Galaxy Z Fold4 menyokong pengecasan pantas 25W namun anda tidak akan menerima sebarang adapter pengecasan didalam kotak.

Selain itu, Samsung Galaxy Z Fold4 juga menyokong pengecasan tanpa wayar pada kadar 11W serta pengecasan berbalik pada kadar 4.5W namun hanya boleh digunakan apabila peratusan bateri melebihi 30%.

ULASAN : Samsung Galaxy Z Fold4 - Sama tapi tak serupa 33

Penutup

Samsung Galaxy Z Fold4 boleh diklasifikasikan sebagai satu lagi generasi telefon pintar foldable Samsung yang memfokuskan kepada penambahbaikan berterusan dari generasi ke generasi.

Bagi pengguna yang berkira-kira untuk beralih kepada telefon pintar foldable, Samsung Galaxy Z Fold4 mungkin merupakan versi terbaik Galaxy Z Fold yang pernah dikeluarkan oleh Samsung.

Samsung Galaxy Z Fold4 kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 6,799 dan anda boleh mendapatkanya di Samsung Online Store, Samsung Experience Store dan wakil pengedar rasmi sah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.