Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi Google kini boleh digunakan pada telefon pintar HUAWEI – eksklusif untuk pengguna Malaysia

Selepas dua tahun tidak memperkenalkan HUAWEI Mate Series, HUAWEI kembali dengan memperkenalkan HUAWEI Mate 50 Series tahun ini yang menjanjikan sebuah pakej telefon pintar yang bukan hanya premium malah memenuhi semua keperluan anda.

Umum diketahui bahawa sejak beberapa tahun, telefon pintar HUAWEI tidak lagi mempunyai akses kepada GMS namun dengan pelancaran HUAWEI Mate 50 Series, anda mungkin sudah boleh menggunakan semula aplikasi Google pada telefon pintar HUAWEI dan log masuk ke akaun Google anda dengan mudah dan selamat.

Walaupun HUAWEI AppGallery adalah saluran utama stor aplikasi pada telefon pintar HUAWEI, anda kini boleh memuat naik aplikasi Google tanpa sebarang masalah dan kerumitan dan kami juga telah mencuba cara ini.

 

 

Langkah-langkah untuk menggunakan Aplikasi Google pada telefon pintar HUAWEI

• Pada Huawei AppGallery, cari aplikasi ‘Lighthouse’

• Install Aplikasi Lighthouse

• Pergi ke Tetapan > Aplikasi > Lighthouse > Butang Tetapan (sudut kanan atas) > Tambah akaun > Log masuk ke akaun Google

• Pergi ke AppGallery, cari mana-mana aplikasi Google yang anda mahu muatnaik

• aplikasi Google akan dilog masuk dengan akaun anda

Antara aplikasi Google yang boleh digunakan pada telefon pintar HUAWEI adalah Google Meet, Google Drive, Google Photos, Youtube dan banyak lagi.

Aplikasi  Google Photos & YouTube

Apa yang menarik adalah, penggunaan aplikasi Google ini hanya disokong pada peranti HUAWEI yang memiliki perisian rasmi versi Malaysia.

Selain HUAWEI Mate 50 Series, akaun Google juga boleh digunakan pada semua model HUAWEI seperti yang tersenarai dibawah :

HUAWEI Mate50 Series

HUAWEI Nova10 series

HUAWEI Nova Y90

HUAWEI Y70

HUAWEI Nova 9

HUAWEI 9SE

HUAWEI P50

HUAWEI P50 Pro

HUAWEI P50 Pocket

HUAWEI Mate Xs 2

HUAWEI nova 8i

HUAWEI Matepad 10.4

HUAWEI Matepad Pro11

HUAWEI MatePad T10

HUAWEI Matepad SE

HUAWEI Matepad Pro 12.6

HUAWEI Mate 50 Series akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dan pra-tempahan bagi telefon pintar kini di buka dengan deposit RM 1 sahaja.

Baca ULASAN : HUAWEI Mate 50 Pro – Reka Bentuk Klasik dengan Teknologi Pengimejan XMAGE

Selamat Mencuba!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.